Posted by: ayah.biz | Januari 23, 2008

Pasaran saham, ekonomi dan pencen


Saya membaca berita pasaran saham yang jatuh merudum semenjak dua tiga hari lepas dengan hati yang terbuka. Ia adalah berita baik bagi mereka yang hendak melabur di dalam saham-saham yang harga yang makin rendah.

Tetapi, dalam masa yang sama, realitinya pelaburan-pelaburan jangka panjang kita yang lain seperti pencen, KWSP, Tabung Haji, PNB dan unit-unit trust yang lain, juga telah berkurangan.

Bagi bakal-bakal pesara terutama yang berpendapatan rendah, saya doakan keadaan yang lebih baik untuk mereka. Ada juga yang mungkin tidak memahami, hubungan pasaran saham, keadaan ekonomi dan tabungan pencen mereka.

Yang pastinya, kita perlu berusaha untuk memperbaiki keadaan diri kita.
-Ayah.biz-

NB: Siaran media ini untuk renungan kita bersama.

KERAJAAN PERLU BERI PERHATIAN SERIUS GOLONGAN PESARA PERPENDAPATAN RENDAH

 

 

KENYATAAN MEDIA
19hb Oktober 2007

Laporan akhbar hari ini bahawa warga pencen yang mencarum RM114,500 dalam KWSP ketika bersara akan hanya mampu berbelanja RM 475 sebulan sehingga umur mencecah 75 tahun adalah isu yang serius.

Mengikut kenyataan pegawai KWSP , jika seramai lebih 47,500 orang yang akan bersara tahun ini termasuk dalam kategori ini , bermakna tanpa pendapatan yang lain mereka akan secara langsung tergolong ke dalam kategori rakyat termiskin di negara ini jika diukur dari sudut garis kemiskinan di Semenanjung iaitu RM530.

Hal ini sudah tentu akan berlaku secara berganda dari tahun ke tahun kerana bilangan mereka yang bersara pada umur 56 tahun terus ujud berterusan. Ini bermakna bilangan rakyat termiskin akan bertambah jika suatu tindakan yang bijak tidak diambil.

TERAS menarik perhatian betapa kos hidup yang bakal meningkat dengan kadar yang pantas akan mengakibatkan golongan ini akan menjalani hidup yang sangat sukar
apatah lagi jika seluruh simpanan mereka diakaun lain dihabiskan ketika mereka bersara.

Ditambah buruk lagi jika terdapat mereka yang masih terikat dengan hutang , keadaan hidup mereka akan bertambah berat dan masalah sosial akan berpotensi meningkat dinegara ini.

TERAS dengan itu mencadangkan agar golongan yang berpendapat rendah diberi insentif sosial dan ekonomi yang lain untuk meringankan kehidupan mereka ketika bersara kelak. Golongan ini hendaklah diberi peluang perniagaan dan kemudahan berusaha sendiri jika ada yang tidak dapat menampung hidup dengan wang pencen ketika mereka bersara.

Kerajaan harus mencari jalan bagaimana golongan ini dapat membiayai keperluan mereka yang asasi iaitu perumahan dan perkhidmatan kesihatan.

Budaya melabur dalam skim yang terjamin hendaklah digalakkan agar wang simpanan mereka dapat dikembangkan untuk menampung keperluan dimasa depan.

Golongan ini juga harus diberi kemudahan mendapat rawatan kesihatan dengan kos yang paling minima di hospital dan klinik kerajaan mahu pusat perubatan swasta .

TERAS juga mengambil perhatian serius terhadap budaya hidup berbelanja yang dirangsang dengan terlalu banyak iklan dan gimik perniagaan yang memancing masyarakat berpendapatan rendah untuk berbelanja secara tidak berhemat.

Ramai yang terperangkap dengan pelbagai skima bayaran beransuran sehingga berhutang sampai tingkat diluar kemampuan.

Kakitangan kerajaan berpendapatan rendah telah ramai terlibat dengan pembelian barangan melalui skim bayaran mudah melalui koperasi seperti MOCCIS. Akibatnya ramai yang dipotong gaji bulanan melalui Angkasa sehingga pendapatan bersih yang dibawa pulangmenjadi sangat kecil.

Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang wajar untuk menyemak semada skim-skim ini patut dihentikan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS , Merbok ,Kedah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: