Posted by: ayah.biz | November 28, 2007

Tune Money Insurance


Kehadiran TuneMoney sememang ditunggu2 olah saya kerana saya percaya penjualan takaful(insurans) melalui internet ini akan meningkatkan persaingan di kalangan institusi takaful.

Setakat yang saya tahu dari kajian peribadi, cover sebanyak RM200,000 TuneMoney baru berharga RM100 SETAHUN. Takaful Nasional @ nama barunya ETiQa boleh memberi perlindungan “life” – TN Mesra- yang sama dengan harga RM 395 sebulan i.e. RM 4740 setahun.

Yang penting kita tahu, TuneMoney hanya menawarkan “takaful cover TAHUNAN”. Life takaful seperti TN Mesra adalah pelan perlindungan dan simpanan jangka panjang, selalunya dalam 20 tahun ke atas. Tetapi, dengan pulangan hanya sekadar 5% setahun, saya berpendapat adalah lebih baik sekiranya saya lindungi diri saya dan keluarga dengan Tune Money, dan gunakan wang selebihnya untuk melabur di dalam institusi/unit trust lain yang boleh memberi pulangan yang lebih. Ini adalah strategi terbaru dalam perancangan kewangan keluarga.

Kemaskini 4 Dis 2008 -Tune Money PA ini hanya menyediakan perlindungan dari kemalangan sahaja. Sila baca pos terbaru saya.

Kos cover RM200,000 setahun

Baki untuk pelaburan

Pulangan

TN Mesra RM4740 AKP setahun =RM3318(Tolak kos-kos lain ~ 30%) Pulangan @ 5% = RM165.90
TuneMoney RM110 RM4630

(Perbezaan sekiranya saya tidak menyertai TN Mesra)

Pulangan @ 5% = RM231.50

Purata pulangan pelaburan Islamic @ 8% = RM370.40

Strategi ini baik kerana:-

1) Saya akan dapat cover secepat mungkin dengan penyertaan melalui internet. Ini penting kerana saya belum ada cover yang sesuai.

2) Setiap tahun, saya berpeluang mengukur pencapaian TuneMoney kerana ia sepatutnya memulangkan sejumlah wang surplus sekiranya ada. Dari segi pelaburan, saya dapat lihat sendiri kerana saham/unit trust semuanya jelas di pasaran terbuka.

3) Pada pengamatan saya, peserta2 pelan TuneMoney rata2nya adalah golongan muda. Oleh itu, kemungkinan pada tahun pertama ini kurang jumlah claim. Jadi, sepatutnya mesti ada surplus. Tapi, ini kena tunggu dan lihat.

Kemaskini 4 Dis 2008 -Tune Money PA ini hanya menyediakan perlindungan dari kemalangan sahaja. Sila baca pos terbaru saya.

-Ayah.biz-


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: