Posted by: ayah.biz | November 20, 2007

[SimpanDuit] Berkenaan Personal Loan


Saya terpanggil untuk berkongsi email ini kerana bagi saya industri perbankan di Malaysia telah cuba mengaburi mata para pengguna seperti kita SEKIRANYA apa yang tersebut di dalam email ini adalah benar.

Sebagai seorang yang percaya “marketing” atau pemasaran sepatutnya digunakan untuk menjelaskan sesuatu produk @ pesanan kepada pelanggan, praktis ini bukan sahaja tidak beretika malah tidak memenuhi kod praktis Advertising Standard Authority di United Kingdom (Hmmm… terpaksa kerana di Malaysia tiada standard yang kita boleh guna pakai). Oleh itu saya menyeru, para pengguna untuk mengkaji kandungan email di bawah dan pastikan anda membuat keputusan yang bijak sekiranya anda ingin membuat pinjaman peribadi. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan saya berdasarkan pengalaman masing2.

Insyaallah, sekiranya ada kes, kita wajib membuat komplain ke Bank Negara Malaysia – kerana kadar yang patut dipromosikan mestilah kadar SEBENAR yang pengguna akan dicaj i.e. kadar sebenar (effective rate atau APR rate).

-Ayah.biz-

——————————————————————————————

From: Azha Syazri Azizan <azha@simpanduit.com>
Date: Nov 16, 2007 10:24 AM
Subject: [SimpanDuit] Berkenaan Personal Loan
To: SimpanDuit Group <simpanduit@yahoogroups.com>, Tekad Consultants
<tekadmaa@yahoogroups.com>

Bila sebut personal loan atau pembiayaan peribadi ni, semuanya dibuat
ikut kadar tetap. Jarang saya lihat, bank beri personal loan dan
kadarnya berubah ubah macam housing loan.

Yang anda perlu faham adalah, untuk membezakan mana loankadar sebenar (effective rate atau APR
rate) yang
termurah, anda perlu semak , bukan kadar tetap atau kadar BLR.

Sebab saya dapati, banyak bank / promoter bank bila promote personal
loan ni, tak dedahkan kadar efektif sebenar loan mereka, terutama
sekali skim pembiayaan islamik (sebab jarang jumpa ada personal loan
konvensional). Mereka promosi dengan menggunakan kadar tetap nominal,
iaitu kadar tetap pada nama sahaja, bukan kadar sebenar. Pelanggan
ingat murah, tapi kadar sebenar hampir 2x ganda.

Sebagai contoh, Loan Al-Rajhi ambil loan RM11,000 untuk 5 tahun pada
kadar tetap 8% setahun (promosi raya lepas 8%, normal rate 8.5%
setahun), kadar sebenarnya adalah lebih 14% setahun (kalau iklan 8%)
atau 14.92% setahun (kalau iklan 8.5% setahun). Ambil Loan RM11,000
untuk 5 tahun pada kadar 8% setahun, ansuran bulanannya adalah RM256
sebulan.

Kalau ambil housing loan, BLR naik sampai 14% setahun tentu anda
mengamuk dan rasa tertekan. Tapi personal loan kena 14%-15%, hampir
tinggi macam interest kad kredit, kita buat tak kisah pula sebab
sangka ianya rendah 8% setahun.

Kalau anda tak percaya, cuba guna calculator housing loan biasa, letak
jumlah loan RM11,000 untuk 5 tahun pada kadar 14% setahun, dan anda
akan dapat ANSURAN BULANAN YANG SAMA, IAITU RM256 SEBULAN. Kebetulan?
TIDAK? Inilah yang ramai orang TAK TAHU.

Oleh itu, sebelum ambil personal loan, fikir masak-masak berbaloi ke
ambil personal loan. Kalau untuk keperluan mendesak, untuk modal
perniagaan yang terjamin pulangannya lebih 15% setahun atau untuk
memindahkan hutang kad kredit yang interestnya tinggi kepada personal
loan, tak mengapalah jugak.

Kalau saja-saja ambil personal loan untuk memenuhi selera dan
keinginan sendiri, pada saya itu mencari masalah namanya, kerana anda
tak uruskan ALIRAN TUNAI (monthly cash-flow) dengan baik, sehingga
terpaksa berbelanja dengan berhutang melebihi pendapatan bulanan.

Berikut adalah kadar profit sebenar untuk semua bank popular di
Malaysia. Ini sekadar perbandingan ringkas, bertujuan untuk rujukan
umum. Bukan untuk memburuk burukkan mana mana bank.

Kadar Personal Financing Antara Bank
* Nota = Kadar sebenar APR di bawah tidak mengambil kira processing
fees yang berlainan antara bank.

1. Bank Rakyat Aslah Financing-i (Post Dated Cheques – Swasta)

Tempoh Pembiayaan (Tahun)
Bank Rakyat’s Membership 2 – 3 4 – 5 6 – 7
Member 6.80% 6.85% 6.90%
Non-Member 6.85% 6.90% 7.00%

* Kadar Sebenar (APR) Bank Islam Personal Financing = 12.25% setahun
untuk 5 tahun

2. Bank Rakyat Aslah Financing-i (Untuk Kakitangan Awam/Berkanun)
dengan kemudahan Biro Angkasa – BPA / Salary Deduction From Employer)

Tempoh Pembiayaan (Tahun)
Bank Rakyat’s Membership < 3 4 – 5 6 – 7 8 – 10
Member 5.60% 5.80% 5.85% 5.90%
Non-Member 5.65% 5.85% 5.90% 5.95%

* Kadar Sebenar (APR) Bank Islam Personal Financing = 10.50% setahun
untuk 5 tahun
————————————————————————-
Bank Islam Personal Financing
Profit Margin
Personal financing – Fixed Nominal Rate
1 – 5 tahun
6.8% setahun 6 – 7 tahun 7.0% setahun
* Kadar Sebenar (APR) Bank Islam Personal Financing = 12.15% setahun
untuk 5 tahun

————————————————————————-
RHB Personal Financing

Profit Margin
Personal financing – Reducing Balance Method
1 – 7 tahun 1% sebulan

* Kadar Sebenar (APR) RHB Personal Financing = 12.10% setahun untuk 5 tahun

————————————————————————-
Standard Chartered Saadiq Personal Financing

Profit Margin
Personal financing – Fixed Nominal Rate 1 – 5 years 0.71% per month

* Kadar Sebenar (APR) SCB Saadiq Personal Financing = 14.10% setahun
untuk 5 tahun

————————————————————————-
Al-Rajhi Personal Financing

Profit Margin
Personal financing – Fixed Nominal Rate 2 – 5 tahun
Kadar biasa
8.50 % setahun

* Kadar Sebenar (APR) Al-Rajhi Personal Financing = 14.92% setahun
untuk 5 tahun

Al-Rajhi Personal Financing

Profit Margin
Personal financing – Fixed Nominal Rate 2 – 5 tahun
Kadar promosi
8.00 % setahun

* Kadar Sebenar (APR) Al-Rajhi Personal Financing = 14.00% setahun
untuk 5 tahun

Diharap maklumat ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan.

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”

AZHA SYAZRI HJ AZIZAN (H/P: 012-2011-555)
Manager – Insurance, Takaful & Investment (AFPM)
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance & MAA Takaful
For reliable & trusted advice, visit us at http://www.simpanduit.com


Responses

  1. Salam…
    Saya seorang mahasiswi minta kerjasama untuk mengetahui perbezaan antara personal loan islamik dengan personal loan konvensional..
    Terima kasih.

  2. Thanks bro pasal info ni….

  3. Salam, saya ingin mengetahui, bolehkah saya mengeluarkan maksimum limit kad kredit yang tiada faedah…contohnya CIMB Credit Card ada kad tanpa faedah sehinga RM6000 limit….so, bolehkah say keluarkan terus RM6000 dari kad kredit? atau lagi elok buat personal financing…? terima kasih atas tunjuk ajar Tuan…TQ

    • Nadia,

      Pengeluaran wang dengan kad kredit (walaupun tanpa faedah) tetap ada caj finance – ada yang sehingga 18% dari jumlah yang dikeluarkan dan dikira “daily basis”. Harap tanya pengeluar kad dahulu sebelum guna.

      -Ayah.biz-

  4. Rsanya anda tidak tahu perbankan islam, mohon kaji semula apa yg disebutkan supaya tidak membuat dosa kepada yang mmbacanya. Perbankan islam mempunyai harga jualan serta ibra” pada harga jualan, study dlu bru leh byk bunyi.. (dari yg pernah buat loan dan dah settle)

    • Betul tu. Sememangnya kedua-dua bank konventional dan bank perbankan Islam sepatutnya memberi rebate atau Ibra’ kepada peminjam-peminjam yang memlangsaikan hutang-hutang mereka awal (i.e. sebelum tamat tempoh).

      Jumlah rebate atau Ibra’ ini adalah hak bank dan dikira selepas kita memberitahu bank yang kita mahu melangsaikan hutang tersebut.

      -Ayah.biz-

  5. bank mana terbaik utk buat personal loan ni?boleh guide sket…

  6. saya nak buat personal loan. sy bekerja di syarikat swasta gaji dlm lingkungan RM1250.00 kbanyakan bank semua nak mnimum salary RM2,000.00. sy nak buat pinjaman utk buka bisnes..tak taw mane bank yg terbaik dan sesuai utk sy buat loan..

  7. Apa maksud kadar efektif? Kenapa kadar keuntungan tu dibandingkan dgn kadar efektif? Setahu saya personal finance ni kiraan guna flat rate compare dgn housing guna reducing balance


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: