Posted by: ayah.biz | November 9, 2007

Takaful Malaysia – tukar ke model wakala?


Selama ini, Takaful Malaysia menggunakan model takaful Mudaraba – dimana ia berkongsi keuntungan dengan para peserta. Ringkasnya, mereka kerja dahulu, baru terima bayaran. Lagi efektif mutu kerja mereka, bertambah keuntungan operasi dan pelaburan, maka bertambahlah nilai keuntungan buat kedua-dua pihak – pengusaha & peserta. Kehebatan model ini sememangnya terbukti:-

1) Rata-rata setiap peserta pelan Takaful Malaysia general terutamanya Takaful Kereta sentiasa memberikan pendapat yang baik e.g. pulangan selepas tamat tempoh yang baik

2) Iklan Takaful Malaysia yang lepas juga menumpukan mesej “Pulangan maksima 22%” kepda peserta.

Tetapi, dengan perubahan pihak pengurusan baru, ura-ura mengatakan bahawa Takaful Malaysia akan menggunakan sistem Wakala. Secara peribadi, saya tidak setuju dengan sistem ini kerana kualiti perkhidmatan pelanggan di Malaysia yang rendah. Kenapa kita perlu membayar terus “agen fee” sebaik sahaja kita tandatangani kontrak pelan takaful. Bukannya sedikit, tahun pertama sehingga 30% dan mereka dibenarkan untuk mengenakan yuran ini hingga ke tahun ke enam (ini saya dapat dari beberapa sumber yang berlainan). Sehingga kini, Takaful Nasional, Takaful Ikhlas dan majoriti syarikat takaful di Malaysia semuanya menggunakan model wakala. Jadi, sekiranya benar cerita ini, dimanakah pilihan untuk pelanggan-pelanggan Takaful di Malaysia?

Saya bersetuju agen-agen dan syarikat-syarikat pengusaha Takaful perlu mendapat bayarann dan membuat keuntungan. Tetapi, saya percaya mereka sepatutnya buat kerja dahulu (i.e. jaga kebajikan pelanggan dahulu) sebelum menerima bayaran.

Ada tak agen-agen yang begitu komited untuk menjaga kebajikan peserta? Ada mereka hubungi anda untuk menyampai maklumat-maklumat seperti:-

1. Nilai pelaburan dan simpanan anda termasuk keuntunngan tahunan

2. Berita2 terkini berkenaan kualiti perkhidmatan & proses claim

3. Membantu anda merancang pelan perlindungan anda dan keluarga

Setakat ini saya belum lagi berjumpa mana-mana agen yang komited seperti ini. Kalau ada, harap hubungi saya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: