Posted by: ayah.biz | November 7, 2007

Unta & Takaful


Cerita ini baru saya dengar.  Tak ingat pulak riwayatnya dari siapa.

Al-kisahnya, satu hari Rasulullah SAW berjalan2 dan bertemu dengan seorang gembala unta. Beliau bertanya dengan si gembala tersebut: “Kenapa engkau tidak mengikat unta kamu. Tidakkah nanti unta itu boleh lari atau hilang”. Jawab si gembala: “Aku berserah kepada Allah, ya Rasulullah.”. Lalu Rasulullah SAW menyuruh si gembala tersebut  mengikat untanya, sebelum berserah kepada Allah SWT.

Dari cerita unta ini, dapat kita fahami bahawa sebelum kita berserah bulat-bulat kepada Allah, kita hendaklah berusaha untuk mengelakkan sebarang tragedi @ masalah.

Dalam erti kata kehidupan masa kini, sebelum perkara yang tidak diingini berlaku, eloklah kita sediakan “payung sebelum hujan”. Takaful, contohnya, adalah satu sistem  perlindungan yang boleh meringankan beban kita mahupun keluarga sekiranya sesuatu berlaku. Kita tidak tahu bila musibah akan berlaku, tetapi kita boleh merancang untuk menghadapinya.

-Ayah.biz-


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: