Posted by: ayah.biz | Mei 10, 2011

Perbandingan takaful – pandangan seorang agen


Assalamualaikum,

Berikut adalah respon seorang agen mengenai undian “Syarikat Takaful mana yang terbaik?”.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Azwan kerana sudi berkongsi panjang lebar.

-Ayah.biz-

———————————————————————————–

Assalamulaikum,

Saya adalah perunding syarikat MAA Takaful. Saya disini cuma nak beri pendapat. Jika nak buat perbandingan, berikut adalah beberapa ciri penting yang perlu diambil kira;

1) Jenis Plan- Ordinary Life atau Investment Link

2) Flexibility- Pelan boleh diubahsuai mengikut citarasa & keutamaan peserta. Contoh; pelan investment link yang menyediakan perlindungan dan pelaburan dalam 1 pelan. Jika peserta memilih untuk fokus kepada pelaburan, perlindungan boleh dikurangkan dan sebaliknya, jika peserta mengutamakan perlindungan, jumlah perlindungan boleh dimaksimumkan.

3) Claim- sebaiknya suruh agent terangkan secara terperinci tentang prosedur & proses claim.

4) Fund performance- Perkara yang perlu diambilkira: capital gain, annual dividend, mudharabah..

5) Takaful charges- Yang ni paling penting! Harus berhati2 kerana kebanyakan agent tidak akan mendedahkan tentang perkara ni.

6) Cash Value- Kalau nak tahu cash value anda sekarang, sila hubungi nombor customer service yang tertera di dalam polisi takaful anda. Just nak berkongsi pengalaman saya berjumpa dengan peserta yang menyumbang RM1800 setahun, dalam sales illustration menunjukkan cash value pada tahun ketiga adalah sebanyak RM7xx, tetapi bila disemak, cash value yang sebenar hanya ada RM10.60. Puncanya?- takaful charges tinggi & fund performance yang tak berapa nk perform.

7) Agent- Biasanya, kebanyakan agent yang ada ciri2 berikut, tidak boleh dipercayai..
-selalu sangat sebut perkataan “guarantee”
-offer something yang toooo good to be true
contoh yang tengah hot sekarang ni; “guaranteed return 40% setiap tahun”
so hati2 ye..

—————————————————————————————

Sudahkah anda memberi undian anda?

Undi di Syarikat Takaful mana yang terbaik

-Ayah.biz-

About these ads

Responses

  1. Bagi saya,Setiap Syarikat ada kelebihan dan kekurangan sendiri. kita x perlu memburukkan syarikat lain untuk menunjukkan kita lebih baik.yang penting kita pilih apa yang sesuai dengan keperluan kita. ibarat kita memilih makanan,ada yang suka makan makanan yang manis,ada suka yang pedas,ada pula suka tawar2 jer..so,be wise when make your decision.

    • dalam membuat pilihan ada yang memilih berdasarkan plan,ada pula kerana syarikat,dan ada juga kerana wakil yang datang memperkenalkan produk. Dari segi syarikat dan plan saya sebagai salah seorang wakil di eTiQa x mampu memberikan apa-apa perubahan ataupun sumbangan,tetapi sebagai seorang wakil saya harap dapat memberikan yang terbaik…kepada wakil2 di luar sana jadilah yang terbaik x kira anda di syarikat mana.

    • Sekarang ada juga wakil yang buruk2kan company lain siap buat hard cover berplastik lagi,startting saja dah compare company,kmdn bangang nak compare umur muda dgn umur tua memangla byk beza,harap wakil macam ni sedar diri n faham la,jangan compare2 company tak bagus buat ikut kelebihan yang ada sudah…

  2. sebagai wakil atau pembeli, anda seharusnya bermuamalat dengan berterus terang..walaupun produk itu islamic-memenuhi prinsip syariah, tetapi dalam muamalat ada perkara-perkara gharar..maka muamalat tersebut tidaklah dikira Islamic 100%.
    antaranya, selalu ejen beriya-iya menawarkan produk itu ini terbaik sedangkan dia tidak menceritakan secara detail kemana caruman bulanan kita tu pergi..katakan kita carum RM100- adakah RM100 itu betul-betul masuk ke tabungan kita? Berapa yang ajen dapat daripada komisyen bulanan kita? Apakah perjanjian yang termeterai antara kita sebagai pembeli takaful dengan syarikat dan ejen..semua ini kena jelas kerana kita bermuamalat dengan prinsip Islam. Kita pun selalu mempromisikan takaful ini halal..tetapi sebagai ejen kita cuba mengelak untuk menjelaskan daripada perkara sebenar..
    Ingatlah duit yg kita perolehi dan yang kita labur itu akan ditanya diakhirat.. sanggupkah kita menipu sesama Muslim? Sanggupkah kita menipu demi untuk mencari keuntungan untuk kita sendiri… Jika ini berlaku,,maka konsep “Takaful” sudah lari daripada nilai-nilai islam yang sebenar..

  3. hi… saya ila,
    Baru2 nie pakcik saya telah dimasukkan ke hospital swasta di Melaka under MAA Takaful Insurance tapi masalahnya agen telah meluluskan bahawa beliau boleh admit di hospital itu. FYI, pakcik saya belum 120 hari menjadi customer tapi agen tersebut telah mengesahkan untuk admit di panel hospital itu. Setelah discharge kami telah diminta untuk membayar bil2 hospital yg berjumlah lebih RM7000. Maka sebagai customer MAA Takaful kami seharusnya menyerahkan bil tersebut pada agen yg dilantik tetapi beberapa hari kemudian beliau mengesahkan bahawa MAA TAkaful tidak dapat membuat pembayaran tersebut kerana belum cukup tempoh dan beliau mengatakan beliau terlalai kerana emosi sewaktu mengetahui pakcik saya akan dimasukkan ke wad. Pada pendapat saudara, adakah ini kriteria yg harus ditunjukkan oleh agen yg cemerlang dalam membantu urusan customer. Saya rase sepatutnya beliau lebih professional dalam bidang beliau x kira apa jua keadaan, Beliau juga menyalahkan pihak kami kerana tidak membaca polisi insuran yg hanya dihantar sebulan sebelum pakcik saya admit…. Pada pendapat saudara, apakah yg saya harus lakukan??? kini agen tersebut seolah2 menjauhkan diri dari family kami dan begitu juga manager beliau yg sombong itu. Saya berani bercakap kerana saya juga adalah agen insuran terlatih seperti mereka dan juga mengetahui selok belok proses insuran itu.

    • Aslmkm, u agent insurans terlatih kenapa pakcik u tak amik insurans dr u? U as an agent sure tahu kurang 120 hari mmg tak cover. Dan juga as an agent u juga patut tahu bahawa kita berpegang pada polisi bukan pada kata2 agent. Anyhow, just wish good luck to u and ur pakcik. I understand how the feeling was. Kepada agent2, berkhidmatlah dengan baik, tak guna jual produk halal ( takaful) tapi rezeki kita jadi haram krn bekerja sambil lewa. Wassalam..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: