Posted by: ayah.biz | Jun 13, 2009

Kad kredit – maksimum liabiliti anda RM250

Tips Bijak Berbelanja

1) Laporkan kehilangan atau kecurian secepat mungkin.Lebih baik tunggu kad baru daripada kad anda disalahgunakan.

2) Ingat! Sekiranya kad anda dicuri atau hilang, maksimum denda yang anda boleh dikenakan ialah RM250.

Sama-samalah kita beringat,
-Ayah.biz-

Kadar denda maksimum transaksi tidak sah RM250

PERSATUAN Bank-Bank Malaysia (ABM) menegaskan kadar maksimum denda yang seharusnya dikenakan oleh bank pengeluar kad kredit terhadap pemegang kad bagi transaksi tidak sah yang disebabkan oleh kehilangan kad adalah tidak melebihi RM250.

Pengarah Eksekutif ABM, Chuah Mei Lin, berkata langkah itu sejajar dengan matlamat persatuan untuk melindungi kepentingan pengguna dan mengukuhkan lagi keyakinan dalam sektor perbankan.

Katanya, garis panduan itu telah lama diguna pakai di kalangan ahlinya bagi melindungi liabiliti maksimum pemegang kad bagi transaksi tidak sah yang disebabkan oleh kecurian atau kehilangan kad.

“Kadar pembayaran bagi kehilangan kad kredit itu ditetapkan oleh bank pengeluar kad berkenaan, iaitu tidak melebihi RM250.

“Had ini hanya diguna pakai kepada situasi yang mana pemegang kad tidak melakukan penipuan atau gagal untuk memaklumkan kepada bank secepat mungkin mengenai kehilangan atau kecurian kad kredit mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menambah, garis panduan itu akan terus dilaksanakan dan bank telah bertindak dengan adil serta sewajarnya dalam apa juga keadaan yang mana pemegang kad telah menjadi mangsa tidak bernasib baik dan bukannya kecuaian.

Bagaimanapun, katanya, dalam banyak kes, pemegang kad kredit didapati gagal untuk menjaga kad mereka dengan baik atau tidak mengambil tindakan segera selepas kehilangan atau kad mereka dicuri.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Ekonomi/20090612231216/Article/index_html


Leave a response

Your response:

kategori