Posted by: ayah.biz | Jun 7, 2009

Wasiat, Faraid dan Harta Sepencarian


Wasiat, Faraid dan Harta Sepencarian

Apabila berlaku kematian, salah satu perkara yang paling sensitif untuk dibincangkan ialah harta peninggalan si mati.

Tetapi, ini amat penting bagi menyelesaikan hutang-hutang si mati dan memastikan kesinambungan kehidupan waris-waris yang ditinggalkan.

Apa yang patut sedari ialah harta itu satu amanah dari Allah. Wajib bagi kita untuk menjaga dan mengagihnya degan bijaksana.

Dari pembacaan dan kajian saya, kita boleh mengambil langkah-langkah untuk memastikan harta kita terus berkesan dari sekarang – ketika kita masih hidup, sihat dan waras.

Langkah 1: Tulis dokumen harta sepencarian

Bagi pasangan yang telah berkahwin, amat penting untuk mengisytiharkan harta sepencarian bagi mengiktiraf sumbangan bersama (terutamanya pasangan yang tidak bekerja untuk menjaga anak-anak) di dalam keluarga.

Ini akan memudahkan pasangan yang ditinggalkan untuk terus mendidik dan membesarkan anak-anak.

Dengan perancangan yang teliti, anda boleh kongsi harta-harta yang diperolehi selepas perkahwinan seperti tabungan EPF, Tabung Haji, saham-saham, wang simpanan di dalam bank-bank dan aset-aset seperti rumah dan kereta, walaupun pasangan anda tidak bekerja.

Anda boleh membuat dokumen pengistiharan harta sepencarian dengan syarikat pengurus kewangan Islam.

Langkah 2: Buat kiraan pembahagian Faraid untuk harta bahagian anda

Gunakan tool online ( http://maths.usm.my/faraid ) atau jika mampu khidmat profesional untuk membuat pengiraan asas ini bagi memahami situasi kewangan ibu bapa, pasangan, anak-anak dan bakal penjaga anak-anak anda sekiranya anda tiada.

Dengan pengetahuan ini anda mampu membuat pembahagian harta (Hibah, Faraid dan lain-lain) yang lebih berkesan untuk kebajikan anak-anak, pasangan, ibu bapa dan waris-waris yang lain.

Langkah 3: Buat dokumen wasiat untuk mengHIBAHkan 1/3 dari harta anda

Hibahkan 1/3 harta anda untuk tujuan waqaf, sedekah ataupun untuk tambah wang pembelanjaan anak-anak untuk penjaga yang anda lantik.

Ingatlah, si isteri hanya akan memperolehi 1/8 dari harta pusaka di bawah sistem Faraid.  Anda boleh menghibah sebahagian harta sekiranya anda fikir ianya perlu.

Ini penting sekiranya anda berdua tidak mempunyai banyak harta sepencarian dan bahagian 1/8 itu tidak cukup untuk membesarkan anak-anak.

Langkah 4: Buat deklarasi di dalam dokumen wasiat ini untuk membahagikan 2/3 daripada harta anda mengikut sistem Faraid

Anda bukan sahaja meningkatkan syiar Islam dengan cara ini, malah anda membantu waris-waris  untuk menyambung kehidupan tanpa anda dengan aman.

Langkah 5: Bincang dan umumkan keputusan anda ini dengan pasangan dan waris-waris anda.

Ini bukan mudah hendak dilakukan. Tetapi, sekiranya pasangan dan kaum keluarga hormatkan anda, maka mereka sepatutnya menerima pembahagian anda yang adil dengan terbuka. Mereka juga seharusnya membantu anda melaksanakan hasrat dan wasiat ini apabila anda tiada.

Bagi saya, langkah ini adalah ang paling penting kerana, anda pasti mahukan penjaga anak-anak anda faham hasrat anda.

Yang masih merancang,
Ayah.biz

Nota: Ini bukan nasihat profesional tetapi hanyalah pandangan peribadi kami. Sebarang komen amat dialu-alukan untuk kebajikan kita bersama.

About these ads

Responses

  1. […] Terkini: 5 langkah untuk suami isteri – Wasiat, Faraid dan Harta Sepencarian […]

  2. aAmk

    – kalo se elok elok nyo membahagi kan harta sebelum mati.

    Kalo nak cut kos:

    -Gie ajo kat pejabat tanah galian de daerah masing2-bahagian pusaka.kocik..(kechil). buat hibah wasiat.kalo idak poning kepalo…kemudian hari..tambah kalo tak do anak…boya2 sentiaso menanti nak bahang..

    Kalo penuntutan .. pembahagian faraid tak lebeh duo juta ..leh buek kat pusaka kecil di pejabat tanah galian daerah harta terkumpul ..tak mahal sangat macam kat lain tmpek…tu.

    Den kan apo buta huruf sikit.bilo bini kesangan den meniggal tampa anak..ado hibah wasiat
    tulis tangei,den lak lupo nak kepilkan sekali maso mohon atau tunjokan..

    – jadi demo keluakkan akuan faraid seaproh kat den separoh lagii kat adek beradek aruah…memang kalangkabut.

    baru nie bilo dipanggil ulang bicaro kat pejabat pusaka kecil- pejabat tanah..den tunjokan wasiat tulis tangan..jasa baik puan hakim ..syorkan kat den supaya gie lek ket pejabat mahkamah syariah memohon tanggoh faraid yg telah di keluarkan dan memohon hibah berpadukan surat tulis tangei tu…

    nak isi borang lak kalo takdo duet nak bayor kaet petition writer kat basement tu..jagn doket kat demo..den balu ajo talipon sister in islam minta nasihat ..isi borang including ms 26 dan ms 27…kalo2 demo leh tulong..wlks
    manbai

  3. sila kirim pada saya maklumat lengkap mengenai kiraan harta …. harta sepencarian n faraid. maklumat ni saya perlu gunakan untuk pembahagia harta apa bila bekas suami meninggal nanti. sewkian terima kasih\ a’kum

  4. sesiapa boleh komen tentang harta pusa arwah ayah saya.saya dah syorkan bahagi ikut faraid tapi ibu nak tuntut harta sepencarian. separuh dari harta plak tu.lagipun ibu tak bekerja.cuma adala menjahit dan buat2 kuih.dan kebanyakkan tanah adalah tanah pusaka yg arwah ayah terima daripada datuk..tima kasih.

  5. Salam, same case mcm nurulchin juga, tn. admin bole bagi komen tak, ni just sebagai cth:-

    Harta simati@ayah (pampasan tanah) = 300k

    Tinggalkan seorang isteri@ibu + 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan.

    Ikut Hukum Faraid:-
    1) Lunaskan dulu segala hutang piutang arwah ayah, haji, fidyah puasa dan sebagainya (RM 20k).
    2) 1/8 dari harta tersebut diberi pada isteri@ibu
    3) 1/2 dari jumlah tadi diberi kepada anak perempuan@kakak dan,
    4) 1/2 x 2 dari jumlah tadi diberi kepada anak lelaki.

    Akan tetapi, isteri@ibu kata dia berhak mendapat harta sepencarian (1/2) kerana:-
    1) Tidak bekerja semasa arwah@ayah masih hidup,
    2) Tanah tersebut adalah kurnia dari kerajaan untuk penduduk2 kg (tanah felcra), arwah@ayah tidak mahu mengambil pada mulanya akan tetapi si isteri@ibu berkeras juga hendak mengambilnya dan akhirnya meletakkan juga nama ayah sebagai pemunya tanah tersebut.

    So apa komen tn. admin or kalau ada kwn2 lain yg boleh beri komen mengenai permasalaha ini. Terim kasih.

  6. […] ini saya kongsi sebagai balasan komen dua pembaca entri “Wasiat, Faraid dan Harta Sepencarian” yang mempunyai dilema yang sama. (*NB: Ini bukanlah nasihat […]

  7. Alhamdulillah, terima kasih kerana memberi pandangan yg jelas tentang permasalahan saya dan juga utk nurulchin, tapi utk tujuan pelaburan ke dalam ASB, saya perlu selidik dahulu samada pelaburan di ASB/ASN benar2 mematuhi spesifikasi panel syariah sebab saya pernah jumpa info yg ASB tidak lulus Saham Patuh Syariah atau Islamic Fund oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, lihat link ini http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf . Ini yang terbaru, jelas kelihatan TIADA TANDA * ( yang menunjukkan ia sebagai Islamic Fund) pada nama ASB dan ASN dalam senarai tersebut. Apapun, terima kasih sekali lagi tn. admin, Wassalam.

  8. Assalamu’alaikum ayah.biz,

    Di mana saya boleh buat dokumen pengisytiharan harta sepencarian tu? Syarikat Kewangan Islam yang mana? Saya sudah bertanya amanah raya cawangan sungai petani tapi seorang pegawai itu berkata tidak tahu mengenai ini dan mengikut pemahamannya harta sepencarian itu hanya dibuat setelah berlaku kematian. Harap dapat membantu.

    Terima kasih

  9. Ayah sudah meninggal dua meninggalkan tanah sebanyak 12 ekar. Kami ada 5 adik beradik . 1 lelaki dan 4 perempuan. bagaimana pembahagian harta faraid tanah tersebut.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: