Posted by: ayah.biz | Februari 9, 2009

Syarikat unit trust terbaik di Malaysia?


Syarikat unit trust terbaik di Malaysia?

Banyak juga soalan yang kami terima mengenai syarikat unit trust terbaik. Sebenarnya susah hendak diputuskan kerana perkataan “Terbaik” itu sendiri subjektif.

Di bawah ini disertakan senarai syarikat-syarikat unit trust di Malaysia dan jumlah pasaran pelaburan yang dikuasai masing-masing:-

Nama Syarikat Pasaran (%)
1 Public Mutual 39.0
2 AmInvestment 13.5
3 CIMB Group 12.2
4 Prudential 5.4
5 Hwang-DBS 5.4
6 OSK 5.3
7 HLG 3.6
8 ING 3.2
9 Pacific Mutual 2.6
10 MAAKL 1.9

NB: Sumber-sumber statistik ini tidak diketahui. Saya akan kemaskini apabila saya dapatkan maklumat yang lebih tepat.

Besar tidak semestinya terbaik. Tetapi, dana pelaburan yang besar membolehkan syarikat beroperasi dengan kos yang lebih rendah dan kuasa melabur yang lebih tinggi.

Kecil bukan bererti lemah kerana pengurus dananya mungkin lebih berdaya maju dan mempunyai strategi pelaburan yang lebih innovatif.

Rumusan saya – kita perlu selidik lebih mendalam sejarah pelaburan, strategi-strategi dan latar belakang pengurus-pengurus dana (yang kita mahu atau sedang melabur) selaras dengan objektif pelaburan masing-masing.

Bagi saya, bukan syarikat terbaik yang penting. Tetapi, pelaburan mana yang boleh membantu mencapai objektif-objektif kewangan kita.

Tepuk dada, tanya selera,
-Ayah.biz-

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: