Posted by: ayah.biz | Disember 16, 2008

Poll: Syarikat Takaful Mana Yang Terbaik?


Nota: Fikirkan respon anda berdasarkan perkhidmatan yang anda perolehi sepenuhnya dari agen-agen atau kakitangan-kakitangan syarikat-syarikat berkenaan.

Dari kaca mata saya – 21 Januari 2009:

Setelah hampir sebulan poll ini saya amati, sememangnya keputusannya sama seperti persepsi di pasaran.

Cuma perlu diingat, keputusan poll ini mungkin “bias” kerana ramai antara yang mengundi ialah para agen sendiri.

PruBSN : dikira seperti syarikat takaful terbaik kerana bilangan agennya yang banyak. Sokongan dari syarikat induk Prudential juga menjadikan dana Takaful Investment Link yang disediakan amat kompetitif.

Takaful Malaysia: Rata-rata setelah perubahan pengurusan baru makin jauh kebelakang. Setakat ini, produk-produk baru yang dilancarkan masih belum dapat dilihat keberkesanannya. Sistem Mudaraba,  yang unik sebelum ini, tidak lagi menjadi kekuatan syarikat Takaful ini.

Takaful Ikhlas: Dengan jumlah produk Takaful Am dan Keluarga yang dilancarkan, saya masih berharap Takaful Ikhlas boleh menjadi lebih kompetitif.

Etiqa Takaful: Walaupun dibelakangi oleh Maybank, ada yang tidak kena dengan perkhidmatan syarikat ini. Persepsi yang saya dapat dari orang ramai ialah harganya yang mahal dan pulangan yang tidak kompetitif.  Khidmat dari agen-agennya (ramai dari Takaful Nasional dahulu) juga masih boleh diperbaiki.

Syarikat-syarikat lain pula memang dijangkakan tidak mendapat undian yang banyak kerana banyak syarikat ini yang menumpukan perhatian mereka kepada pelanggan-pelanggan bank (seperti HSBC Amanah) dan mereka yang  mempunyai pelaburan yang tinggi (CIMB-Aviva).

-Ayah.biz-

About these ads

Respon

  1. [...] Syarikat takaful mana yang TERBAIK?                              Undi [...]

  2. Setiap takaful ada kelebihan masing2..umpamanya pru kelebihannya adalah pada MCnya..takaful ikhlas dan etiqa lebih kepada traditional porductnya. ini pendapat peribadi saya sahaja. saya masih melihat kelebihan antara product ikhlas dengan etiqa. btw, menurut sumber dalaman ikhlas bakal mengeluarkan product baru bg general adalah ikhlas big bike (ada dalam website), dan keluarga tapi tiada maklumat lagi

    • Yup aku setuju… Bagi Etiqa dan Ihklas adalah sebab produknya traditional berbanding PruBSN yang investment-link. Aku sendiri takut nak amik PruBSN sebab ratenya bergantung pada pasaran. Takut masa tempoh matang nanti tak dapat apa yang diberitahu, so aku amik dengan Etiqa.

      MC PruBSN memang power, kalah MC Etiqa atau Ikhlas. Tapi kalo untuk masa depan, persaraan, tabungan untuk gi haji ramai yang suggest amik traditional produk such as Etiqa atau Ikhlas. Bab MC tak apa, janji boleh cover critical illness dan accident pun dah kira bagus.

  3. Betul tu DiNz. Sememangnya setiap syarikat ada kelebihan masing-masing.

    Yang penting kita sebagai peserta perlu tahu perlindungan mana yang kita perlukan dan pilih syarikat yang boleh memberi perkhidmatan yang berkesan. Jangan kita lupa ada juga sistem takaful berkumpulan seperti Takaful Mutiara Plus dari Bank Persatuan.

    Buat pertama kali sebuah syarikat takaful, MAA Takaful telah melantik seorang pakar sharia sebagai salah seorang direktor syarikat.

    Saya amat bersetuju dengan langkah ini. Saya juga mahu syarikat takaful melantik wakil peserta di dalam “Board of Director” untuk mewakili suara peserta dalam pengurusan syarikat.

    -Ayah.biz-

  4. Alhamdullilah, Prudential Bsn takaful mendapat rating terbaik di sini..

    harap rating ini berkekalan…

    dengar pasal Prudential.. ramai yang tidak tahu Prudential ada takaful..

    yang lebih famous, Etiqa dan Takaful Ikhlas.. mungkin kerana nama dalam bahasa melayu kot..

    harap blog ini dapat memberi pendedahan yang bagus untuk masa depan Prudential BSN Takaful

    Strongest produk for Prudential BSN is our medical card which up to RM1.5 Millions per lifetime plus greater protection and coverage.

  5. Pada pendapat saya semua Syarikat insuran baik & ada kelebihan masing-masing. Semua ingin memberikan yg terbaik. Apa yg penting bgmana cara wakil-wakil insuran membuat penyampaian. Ketelusan dlm penyampaian penting agar tidak berlaku salah tafsiran . Saya sendiri sebelum ini mempunyai beberapa polisi dr syarikat yg berbeza akhirnya saye beralih kepada Etiqa Takaful krn saya yakin Etiqa Takaful merupakan Syarikat Takaful Terbaik. Apa pun tepuk dada tanya selera.

  6. Assalamualaikum…saya pernah membandingkan harga antara etiqa dengan prudential dari segi pengkelasan mengikut harga bilik untuk hospitalisation…saya dapati harga asas untuk etiqa adalah jauh lebih murah daripada prudential..

    berkenaan perkhidmatan pula..Pendapat saya agen itu sendiri yang memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan takaful..Produk canggih tapi agen hanya hangat-hangat tahi ayam maka resultnya tidak kemana jua..

  7. Assalamu’alaikum. Sememangnya benar, iaitu setiap produk Takaful mempunyai kelebihannya tersendiri. Kini telah terdapat banyak syarikat takaful di Malaysia, namun pemilikan pelan takaful masih rendah yakni sekitar 8% sahaja. Marilah bersama-sama kita memperjuangkan amalan perlindungan Takaful ini.

    Ada benarnya sikap segelintir Wakil Takaful yang tidak bersungguh dalam menjalankan perniagaannya di atas pelbagai sebab. Ada yang terhad khidmatnya oleh kerana produk yang ditawarkan syarikat yang diwakili. Saya suka mencadangkan di sini, cuba berikan pertimbangan untuk menjadi seorang BROKER TAKAFUL atau setidak-tidaknya INTRODUCER kepada Broker. Terdapat 34 buah syarikat Broker di Malaysia berdaftar dengan BNM dan menganggotai MITBA.

    Perkhidmatan dan produk (Keluarga & Am) yang ditawarkan meliputi hampir kesemua syarikat takaful. Kadar komisen juga amat menarik. Apa yang penting, para pelanggan dapat diberikan peluang mempertimbangkan pelan yang bersesuaian mengikut kemampuan mereka. InsyaALLAH, mungkin ini cara penyelesaian kepada kadar penembusan Takaful yang rendah. Fikir-fikirkanlah.

  8. A’kum,

    Setelah saya mengkaji dan membandingkan beberapa pelan takaful utk medical card….MAA Takaful, Etiqa, Maybank (skim takaful etiqa yg dikendalikan oleh bank ini sendiri), Prudential, Ikhlas dan Takaful Malaysia….saya dapati pelan oleh MAA Takaful adalah yang terbaik.

    Sebagai contoh, utk coverage bilik pd kadar RM300, MAA : RM115.40/month (with saving), T Ikhlas : RM122.50/month (with saving), Etiqa : 94.50/month (without saving). Manakali coverage tahunan/ lifetime juga tinggi …MAA :RM150000/450000, T Ikhlas : RM80,000/300000, Etiqa : RM80,000/240000. Ada yang bersetuju tak? Cuma saya masih musyhkil adakah pelan ini boleh dibeli secara berasingan….maknanya tidak perlu melanggan polisi hayat sebagai basicnya. Agent MAA Takaful juga susah dihubungi utk quot…beberapa kali saya hubungi melalui sms dan email tp tidak mendapat balasan. Saya hanya mengkaji melalui brochure yg ada di website MAA Takaful.

    Saya juga masih tercari2 quot utk Takaful perlindungan hayat. Agen2 yg saya hubungi nampaknya tidak berminat berhubungan melalui email. Belum satu pun agen yang saya boleh benar2 kagumi keikhlasan komitmennya setakat ini.

    • tgk pd company n service agent….

  9. Sebagai tambahan,

    Perbandingan untuk medical card bagi Prudential pula (oh ya semua perbandingan ini dibuat utk umur next bday 46-50, utk pelan bilik pada kadar RM300) :
    Prudential mengenakan bayaran RM2846/tahun = RM237/bulan dan coverage anual limit/ lifetime limit = RM100,000/ RM1 000 000. Walaupun ada no claim bonus, monthly/annual payment masih tinggi setelah ditolak dgn no claim bonus tersebut.

    Ada pandangan lain tak? Saya masih mempertimbangkan polisi dari mana2 syarikat jika ada yang lebih baik.

  10. xde yang perfect. cuma setiap takaful ade kelebihan masing2. terpulang kepada peserta itu sendiri. apa yang dia inginkan. sebagai contoh, etiqa mmg terbaik untuk saving. pru terbaik dengan mc. so, anda yang pilih.

  11. saya setuju kerana bg pendapat saya hijrah itu perlu walaupun pru mempunyai takaful tetap berasaskan sistem barat kerana pangkalan yang utama syarikat pru ini datang dari u.k..saya dulu merupakan client bg pru n telah berhijrah ker etika takaful kerana kita harus saport product tempatan..bg sya semua pruduk takaful sama.saling menjamin.

  12. As Salam,

    Saya menyeru kpd umat Islam di Malaysia khasnya tolonglah jangan sertai produk prudential Takaful.ini kerana produk mereka menindas Dan menipu secara halus.prudential juga diasaskan oleh yahudi.prudential Malaysia juga di punyai oleh Vincent tan iaitu tauke toto.

    Wasalam

  13. pru ada MC yg power kerana cover sampai1.5 juta..tapi agak2 sakit apa yg akn pakai 1.5 juta?..

  14. As salam..
    Bercakap berlandaskan fakta berlaskan sendi bukan secara membabi buta tanpa seni.. Kita ckp based on produk yg nk pakai nye kita bkn org lain.. Ni la masalahnya kita salahkan yahudi la barat la konspirasi la..Tolong la.. Klu pru bsn bagus kita bersaing dr segi servis.. Kenapa plak dlm Pru Bsn ramai dlu nya egen etiqa?? Ni soal servis la lol..

  15. hri ini 500,000 npak bnyak… mcm ne 10-30 taun lg… huhuhuhu


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers

%d bloggers like this: