Posted by: ayah.biz | Disember 16, 2008

Prudential BSN Takaful No. 1 di Malaysia ?


PruBSN Takaful No. 1 di Malaysia ?

Saya dah terbaca kenyataan di atas banyak kali. Ia selalunya digunakan oleh agen-agen PruBSN untuk mewar-warkan kebaikan syarikat mereka. Tetapi, saya ingin mengetahui bagaimana mereka boleh membuat kenyataan sedemikian. Kajian bebas @ research mana mereka pakai. Setahu saya di Malaysia ni jarang ada sumber-sumber research yang bebas. Di mana sumbernya?

Akhirnya barulah saya jumpa sumber kenyataan di atas. Rupa-rupanya dari surat Encik Mohamad Salihuddin Ahmad, Pegawai Ketua Eksekutif PruBSN kepada para pelanggan bagi meraikan ulang tahun ke dua syarikat .

Tetapi, di dalam surat itu (seperti gambar di bawah, perenggan ke empat)  tertulis “Kejayaan ini meletakkan Prudential BSN Takaful sebagai Syarikat Takaful no. 1 (Caruman Berkala) di Malaysia”. Soalan saya – kenapa “caruman berkala” atau “regular contribution” dibuang setiap kali kenyataan ini dipetik.

Surat ulang tahun ke 2 PruBSN, Ogos 2008

Surat ulang tahun ke 2 PruBSN, Ogos 2008

Bagi saya ini tidak beretika. Jika nak petik sekalipun, ambik habis semua supaya tidak mengelirukan pengguna.

PruBSN sememangnya mempunyai pelan-pelan takaful yang baik. Saya sendiri bercadang hendak membeli salah-satu pelan ini.  Cuma, janganlah kita terlepas pandang – ketelusan dalam perniagaan itu amat penting.

“Caruman berkala” ini maksudnya caruman bulanan yang dibayar oleh peserta-peserta Takaful.  Oleh itu, kenyataan yang sebenarnya ialah “PruBSN adalah syarikat takaful no 1 DALAM  JUMLAH SUMBANGAN (KUTIPAN) BULANAN“.

Etiqa Takaful, Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas dan lain-lain syarikat mungkin no. 1 dalam elemen-elemen yang lain seperti kualiti servis ejen, nilai aset, keuntungan tahunan dan bilangan cawangan.

Nota:  Saya sedang berusaha untuk kumpulkan fakta-fakta bagi membuat perbandingan antara syarikat-syarikat Takagful di Malaysia. Banyak angka yang sukar diperolehi. Jika ada yang mempunyai sumber-sumber tertentu, harap boleh berkongsi dengan kami. Email ayah.biz  (at) gmail .com

Sekadar renungan,
-ayah.biz-

About these ads

Respon

  1. Sebenarnya ada juga dikalangan ejen yang tak faham Nombor 1 tu. Nombor 1 dari segi apa?Sebab diorang tau ikut je tanpa bertanya lebih lanjut :) Ada ja ejen yang bagitau.

    • Betul tu En. Amir. Tambahan pula, ada yang salah gunakan kenyataan-kenyataan ini untuk melariskan “sales pitch” masing-masing. Harapnya, tulisan saya ini dapat mengimbangi perspektif para pengguna dan agen-agen.

      Terima kasih.
      Ayah.biz

  2. macam mana lak ngan syarikat perunding amanah? mcm public dia ckap dia no. 1… bila tanya com perunding amanah lain diaorg ckap sebaliknya pulak… bole bagi komen? terima kasih

    • Sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati dengan apa jua “claim” dari syarikat-syarikat di Malaysia – kerana majoriti claim ni tiada asas @ didukungi oleh sumber-sumber yang bebas (independent party). Minta penjelasan lanjut dari agen-agen berkenaan. No. 1 dari segi apa? Bilangan agen? Jumlah dana terkumpul atau lain-lain.

      Tetapi, yang penting bagi pelabur seperti kita ialah pengurusan yang cekap, strategi pelaburan yang stabil dan pulangan yang kompetitif.

      Public Mutual sememangnya antara syarikat terbaik di Malaysia. Tetapi, saya masih ragu-ragu untuk melabur di dalam unit trust (mana-mana syarikatpun sama) disebabkan caj belian yang tinggi 6%. Sebab itu ramai agen sibuk promosi untuk keluarkan duit EPF – sebab pelaburan EPF hanya dikenakan caj 3%.

      Pendapat saya, melaburkan berdasarkan objektif kewangan dan keperluan Roy. Pastikan kita dah ada :-
      1. perlindungan Takaful,
      2. penuhkan ASB (RM200,000 seorang) dan
      3. melabur di dalam bank-bank koperasi seperti Bank Persatuan (had sekarang dinaikkan ke RM50,000 seorang) dan
      Bank Rakyat (tetapi saham keahliannya dah penuh).

      Kesimpulan mudah, sekiranya saya ada lebih dari RM250,000 barulah saya akan melabur di dalam unit trust. Ada pendapat lain?

  3. Assalamualaikum,
    Pada pendapat saya, melabur dalam unit trust adalah amat baik. Tetapi kita perlu ada target yang jelas & teknik yang baik..bukan hentam kromo.. ikut orang.. sentiasa memegang konsep beli masa harga rendah & jual masa harga tinggi sudah semestinya U/T memberi pulangan yang tinggi berbanding dengan pelaburan lain (kecuali melabur dalam stock market / futures market). Bagi 2 ketegori tersebut juga tidak terlepas dari tektik & teknik yang mesti diamalkan supaya beroleh keuntungan. Tak kurangnya dengan U/T. Adakah ejen anda mahir dalam pasaran malaysia. Inikan pula dengan pasaran asia.

    Saya sokong dengan ayah.biz .

    Betul tu Fadhli – objektif dan strategi amat penting. Tapi, dalam keadaan rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu yang masih kurang faham kepentingan merancang kewangan & bagaimana Takaful berfungsi, saya rasa agen-agen perlu bersikap terbuka dan menjelaskan objektif, strategi dan cara terbaik untuk setiap prospek – walaupun, itu bermaksud galakkan prospek beli @ guna instrumen yang kita tak sediakan.

    Setakat ni saya belum jumpa ada agen yang sanggup buat macam tu.

    -Ayah.biz-

  4. Jika Proton mendakwa mereka adalah kereta pilihan NO1 rakyat malaysia apa ukuran mereka. Kemudian Produa pula mendakwa mereka adalah kereta pilihan NO1 rakyat malaysia apa pula ukuran mereka.

    Jawapannya sudah tentulah dari rekod pendaftaran kenderaan baru yang diperolehi dari JPJ.

    Begitu juga jika sesebuah syarikat insuran atau takaful mendakwa mereka adalah syarikat pilihan No1 rakyat malaysia. ———-> ukuranya adalah dari rekod pendaftaran caruman baru berkala yang diperolehi dari LIAM atau MTA.

    Harap maklum….

    • Wan dan pembaca-pembaca,

      Persoalannya, bukanlah siapa syarikat takaful terbaik di Malaysia. Tetapi, syarikat mana yang akan menyediakan perkhidmatan takaful terbaik untuk keperluan anda (dan keluarga) – terutama di saat anda memerlukannya.

      -Ayah.biz-

  5. terima kasih semua yang memberi respons… boleh dijadikan ilmu..

  6. ass.kum untuk ayah.biz..saya perancang kewangan dari prudential assurance malaysia berhad dengan prudential bsn takaful..sebenarnya apa yang u cakap tu memang betul. agent kena ada ilmu pengetahuan untuk membantu client mencapai impian kewangan mereka. saya selalunya akan bertanya terlebih dahulu carta kewangan client dan apa matlamat mereka..barulah saya cadangkan yang terbaik untuk mereka.

  7. Setahu saya yang ni…ONE OF TRUSTED BRAND..
    (SATU DARIPADA JENAMA DIPERCAYAI)
    Prudential Assurance Malaysia Bhd has been named one of the most trusted brands in Malaysia in the Reader’s Digest Asia Trusted Brands survey 2008 conducted in October last year.
    Mungkin keluar daripada topik sikit…

  8. Salam ayah.biz,

    Saya juga seperti ayah.biz, sedang berusaha untuk kumpulkan fakta-fakta bagi membuat perbandingan antara syarikat-syarikat Takaful di Malaysia.

    Saya memang nak buat simpanan & perlindungan utk saya & keluarga terutamanya anak-anak saya yang masih kecil.

    Jadi, saya harap ayah.biz dapat kumpulkan fakta-fakta perbandingan Takaful supaya kita dapat sama-sama menilai kelebihan & kekurangannya.

  9. ramai yg mencari fakta dan membuat perbandingan tentang takaful di malaysia..
    kepada yg sedang meresearch, teruskan research anda. hasil research tu jgn lupa share.. ramai yg menunggu.. jgn lupa bgtau saya. :)

    • Ben,

      Sebagai agen takaful, anda pasti lebih arif dalam bab perbandingan ini. Tambahan pula syarikat takaful anda pastinya ada membuat perbandingan ini. Kongsikanlah bersama dengan pembaca-pembaca blog ini. Boleh sama-sama kita bincangkan.

      Masalah yang saya perhatikan, amat susah nak dibandingkan antara produk-produk takaful yang sedia ada kerana informasi yang tak telus dan susah didapati di internet. Ini amat penting bagi bakal-bakal peserta untuk buat kajian sendiri.

      Saya mengalu-alukan sumbangan entri yang tidak mempromosikan mana-mana syarikat. Boleh email terus saya ayah.biz di googlemail.com

      Terima kasih,
      -Ayah.biz-

  10. YOU ORANG NO 1 DALAM RUNGUTAN KE?

  11. cptlah share

  12. Mcm sy xkesah syarikat takaful mane pn yg no 1..
    yg penting senang claim.. boleh guna waktu memerlukan..
    dan service ok..

    Buat masa ni sy rasa prudential adalah terbaik.. sb kebanyakan org yg sy kenal pn guna prudential.. hampir st office guna prudential..

    skrg ni pn dgr prudential adalah syarikat insurans yg pertama dpt cecah jualan 1 bilion di Malaysia ni.. bukan sikit tu.. jd korang rase2 xcukup lg ke bukti prudential skrg ni no 1..
    terpulang pada diri masing2.. terima kasih

  13. Seronok tengok agen membuat perbandingan.Untuk PruBSN setiap kali ada komen atau perbandingan pihak syarikat akan upgrade banefit.Selaku pemegang polisi PruBSN saya sangat2 mengalu-alukan komen daripada agen.Bila banyak komen maka bertambahlah banefit kami.

  14. Assalamulaikum, saya adalah perunding syarikat MAA Takaful. Saya disini cuma nak beri pendapat. Jika nak buat perbandingan, berikut adalah beberapa ciri penting yang perlu diambil kira;

    1) Jenis Plan- Ordinary Life atau Investment Link

    2) Flexibility- Pelan boleh diubahsuai mengikut citarasa & keutamaan peserta. Contoh; pelan investment link yang menyediakan perlindungan dan pelaburan dalam 1 pelan. Jika peserta memilih untuk fokus kepada pelaburan, perlindungan boleh dikurangkan dan sebaliknya, jika peserta mengutamakan perlindungan, jumlah perlindungan boleh dimaksimumkan.

    3) Claim- sebaiknya suruh agent terangkan secara terperinci tentang prosedur & proses claim.

    4) Fund performance- Perkara yang perlu diambilkira: capital gain, annual dividend, mudharabah..

    5) Takaful charges- Yang ni paling penting! Harus berhati2 kerana kebanyakan agent tidak akan mendedahkan tentang perkara ni.

    6) Cash Value- Kalau nak tahu cash value anda sekarang, sila hubungi nombor customer service yang tertera di dalam polisi takaful anda. Just nak berkongsi pengalaman saya berjumpa dengan peserta yang menyumbang RM1800 setahun, dalam sales illustration menunjukkan cash value pada tahun ketiga adalah sebanyak RM7xx, tetapi bila disemak, cash value yang sebenar hanya ada RM10.60. Puncanya?- takaful charges tinggi & fund performance yang tak berapa nk perform.

    7) Agent- Biasanya, kebanyakan agent yang ada ciri2 berikut, tidak boleh dipercayai..
    -selalu sangat sebut perkataan “guarantee”
    -offer something yang toooo good to be true
    contoh yang tengah hot sekarang ni; “guaranteed return 40% setiap tahun”
    so hati2 ye..

  15. salam moderator,
    saya pernah terbaca dalam akhbar Harian Metro 12 Jan 2011 (kalu tak silap) Etiqa Takaful adalah Syarikat Takaful Pertama diMalaysia mencatat jumlah Premium melepasi RM2Billion. Adakah ini bermakna Etiqa Syarikat No1 diMalaysia?

  16. Saya tertarik dalam ruangan ayah ini,adakan kajian syarikat takaful didalam malaysia,cuma saya ingin berkongsi pendapat dengan ayah pasal etika ejen dan takaful yang terbaik untuk pelanggan.
    Etika ejen : Ramai ejen semasa berhadapan dengan pelanggan secara terus atau dalam web dan blog tidak memaparkan tahap profesional kerana secara terangan memfitnah,menghina,mengelirukan pelanggan dengan tanpa fakta serta bukti yang nyata terhadap lain – lain syarikat.Dengan penipuan fakta agar pelanggan percaya syarikat saya adalah terbaik 1 .
    Syarikat terbaik : Skop terbaik adalah luas macam ayah katakan..tapi kita perlu ingat kita ambil polisi adalah terbaik untuk kita atau untuk kepentingan syarikat ? jika untuk kita,seharusnya plan yang disediakan banyak memberi faedah kepada pelanggan dari segi perlindungan dan pulangan wang simpanan/pelaburan.Jadi pelanggan haruslah perlu memahami dengan jelas dan buat perbandingan antara plan syarikat takaful / insuran di malaysia.
    Ejen hendaklah telus dan jelas dalam memberi penerangan kepada pelanggan dan biarlah pelanggan yang mengukur siapa terbaik.
    Kesedaran pelanggan amat penting dimana kita perlu tahu siapa yang meluluskan plan semua syarikat insuran / takaful di Malaysia.Bank Negara tidak akan meluluskan plan sesuatu syarikat yang 100% terbaik kerana akan terjejas semua syarikat yang lain jadi kita harus sedar,jika syarikat A ada ciri kelebihannya begitu juga syarikat B.Jadi pelanggan harus bijak memilih ciri – ciri plan yang bersesuaian dengan kemampuan diri sendiri dan terbaik untuk kita……itulah istilah terbaik nombor 1.
    Diharap ayah boleh tengok The Best Product 2009 & 2010 yang dimenangi oleh MAA Takaful Bhd dianugerahkan oleh persidangan takaful antarabangsa,dan ayah boleh membuat penilaian sendiri,sekian terima kasih.

  17. dlm ruangan ini, saya ingin meluahkan perasaan saya sebagai pelanggan ins yang mempunyai mediccard…. saya sebenarnya percaya dengan prudential bsn… tetapi mendapat agent yang kurang menjaga kebajikan pelanggan, itu adalah pembawa masalah kepada pelanggan… agent saya, pn. azila merupakan seorang guru.. ramai pelanggannya.. sampai x terbuat claim…. bayangkanlah….. bila nak cari pelanggan punya le manis mulut…bila dah dapat pelanggan, susah betul nk jmpa… saya sebagai pelanggan memang x suka dgn sikap agen yang sebegini… lambat ambil tindkan… buat kerja suka tangguh…. claim saya dari saya mengandung 6 bln sehingga anak dah berusia 7 bln, x claim2 lagi…. x kisah lah….inilah agen yg pentingkan keuntungan sahaja… saya tahu, setiap agen dpt duit tiap2 bln ikt bilangan pelanggan…yg x puas hatinya x tahu jg kebajikan pelanggan… klu dpt agen macam ni, x kira lah mana2 syarikat insuran pun bleh lingkup….. pada saya mana2 syarikat insuran mahukan keuntungan… apa yg penting, agen mesti bijak dan jgn jadi kcg lupakan kulit…..

  18. Saya adalah ejen Great Eastern Takaful..

    Bagi saya semua Syarikat takaful adalah terbaik…sebab bukan calang calang orang yang menghasilkan produk takaful ni. Ia memerlukan kajian mendalam terhadap aspek kewangan, taraf socioeconomy rakyat malaysia, nilai wang keadaan semasa dan juga projection nilai wang di masa akan datang. Yang penting adalah nilai integriti, amanah..dan kejujuran serta sikap seseorang ejen yang mewakili syarikat masing masing..saya berpegang pada ‘ to be success by not weaken others..” -‘ nak berjaya dengan tidak melemahkan orang lain”..Client akan hilang rasa hormat kepada seseorang ejen insuran sekiranya mereka memburuk burukkan org lain…dan kesannya kita yang berada didalam industri ini…cuba bersikap lebih terbuka dgn tidak mendabik dada bahawa kitalah yg terbaik…


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers

%d bloggers like this: