Posted by: ayah.biz | Disember 1, 2008

Pembiayaan perumahan Islamik di Malaysia


Pembiayaan perumahan Islamik di Malaysia
( Home Financing in Malaysia)

Pembiayaan perumahan berdasarkan sistem Islamik atau Shariah berbeza mengikut kontrak-kontrak yang digunakan. Kontrak-kontrak ini mempunyai ciri-ciri yang berlainan.

Hak-hak dan tanggungjawab-tanggungjawab anda sebagai pembeli dan bank-bank sebagai pembiaya/pelabur juga berbeza.

Di Malaysia, produk pembiayaan perumahan Islam terbahagi kepada TIGA jenis:-

1) Murabaha/ Bai’ Bithaman Ajil (BBA) (Pembiayaan tertangguh- Deferred payment sales)

Konsep pertama digunapakai di Malaysia ketika kewangan Islam mula-mula diperkenalkan. Amat digemari oleh bank-bank Islam kerana kadar keuntungan (profit rate) terus dipersetujui dengan pelanggan.

  • Ia melibatkan DUA kontrak jual beli :
    1) developer jual rumah kepada bank
    dan 2) bank jual semula kepada anda
  • Jumlah pembiayaan anda ialah (jangan terkejut tengok angka ni):
    = (Harga Kos rumah – deposit anda) + Keuntungan bank
  • Jika anda jual dan harga rumah jatuh, anda tetap kena bayar jumlah yang dipersetujui kerana itu akad anda dengan bank

Contoh-contoh di pasaran sekarang:
Bank Rakyat Manzili Home Financing-i (Flexi)
BIMB Baiti Home Financing- i
HSBC Amanah Home Financing-i
BSN BBA-I HOME
KFH Murabahah Home Financing-i (Completed Property)
MBSB EZ-i
CIMB Fixed Home Financing-i

2) Musharaka (Perkongsian Pegangan @ Diminishing Musharaka)

Anda berkongsi pegangan rumah dengan bank berdasarkan jumlah pegangan atau ekuiti rumah yang dimiliki.

  • Bayaran bulanan = Sewa rumah (bahagian bank) + bayaran semula capital bank
  • Anda akan bayar sewa rumah sehingga semua pegangan dimiliki oleh anda (semua capital sudh dibayar). Selalunya ini berlaku apabila tamat tempoh pembiayaan (anda 100% pemilik rumah!).

Contoh-contoh di pasaran sekarang:
Citibank Home Partner-i
KFH Musyarakah Mutanaqisah Home Financing-i
Maybank HomeEquity-i

3) Istisna (Pembiayaan berperingkat @ Progressive financing)

Kontrak jual beli di mana pihak bank membayar developer secara berperingkat sehingga rumah anda akan disiapkan. Skim ini hanya untuk rumah yang masih di dalam pembinaan. Tak banyak bank yang menawarkan konsep ini.

Contoh di pasaran sekarang:
KFH Istisna’a Home Financing-i (Property under construction)

About these ads

Responses

  1. sila update bank-bank yg menawarkan pembiayaan secara musyarakah terikini, antaranya CIMB-home flexi-i


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: