
“Memudahkan kita merancang”
- Perkhimatan bank Islam mana terbaik?
- Akaun simpanan dengan pulangan yang tertinggi, 3% setahun
- Bank kongsi 70% daripada keuntungan dengan anda
- LIGA PERDANA akaun-akaun bank Islam
Menyimpan adalah budaya kita. Tetapi, di dalam kekusutan industri perbankan Islam di malaysia, bank manakah akan memberi anda pulangan yang paling baik? Sukar untuk kita ketahui kerana jarang sekali dapat kita bandingkan perkhidmatan bank2 ini.
Sebelum kita boleh bandingkan, kita perlu fahami istilah-istilah ini yang selalu digunapakai oleh bank-bank untuk menunjukkan PRESTASI akaun masing-masing:-
Kadar Perkongsian ( Profit sharing ratio, PSR)
—————————————————————
Kadar Keuntungan Sebenar = PR x PSR
—————————————————-
Dimudahkan cerita, PR ialah kadar pulangan yang diberikan oleh bank kepada para penyimpan @ pelabur. PSR pula ialah ratio perkongsian keuntungan antara pelabur (ANDA) dan pihak bank. Selalunya, angka yang terdahulu ialah bahagian anda.
Contohnya, Maybank Premier Mudharabah Account-i:-
Profit Sharing Ratio (PSR,%) 23 : 77
Profit rate 1.30
Ini bermaksud, anda akan menerima 23% daripada keuntungan yang dikongsi bersama, 1.3%. Oleh itu, bahagian anda ialah 0.3% ( 23% x 1.3%).
————————————————
————————————————
Sekiranya, anda menyimpan sebanyak RM100,000 di dalam Maybank Premier Mudharabah Account-i selama setahun, anda akan menerima pulangan sebanyak RM300.
Bandingkan dengan peluang-peluang pelaburan yang lain,
ASB (tak tentu halalnya) 8% = RM8000
Tabung Haji 4% = RM4000
Bank Persatuan (saham anggota koperasi) 12% = RM 12,000 setahun!
A. Liga Perdana – akaun Simpanan
*simpanan sehingga RM50,000 Hibah Rate (%) Pulangan tahunan anda (RM)
1) Maybank Savings Account-i 1 500
2) Public Bank WADIAH Savings Account-i 0.6 300
3) Hong Leong Saving account-i 0.58 290
B. Liga Perdana – akaun Simpanan Mudharaba
*simpanan sehingga RM50,000
PSR (Pel:Bank, %) PR (%) Pulangan thn (RM)
1) Bank Rakyat Akaun Simpanan-i Tawfir ? 3 (Mei 2008) 1500
(Dewasa)
2) CIMB Savings Account-i 40:60 0.74 (1.86) 370
3) Public Bank BESTARI Saving account-i 12:88 0.11 (0.92) 55
C. Liga Perdana – akaun Semasa
PSR (Pel:Bank, %) PR (%)
Maybank Premier Mudharabah Account-i (PMA-i) – Adult 17.7:82.3 0.17 (1.00)
D. Liga Perdana – akaun Pelaburan Mudharabah
(General Investment Account-i )
(Tempoh 12 bulan – selalunya lagi lama lagi tinggi kadar keuntungan)
PSR (Pel:Bank, %) PR (%)
1) Bank Persatuan 70:30 2.62 (3.75)
2) Bank Muamalat 60:40? 2.05 (3.42)
3) Public Bank 48:52 1.71 (3.56)
4) Maybank Tier 1 48:52 1.68 (3.57)
5) Bank Islam 70:30 ?
* Tips-tips merancang kewangan anda: Apa patut saya buat?
1) Semak PSR dan anggaran PR akaun bank anda sekarang. Sekiranya pulangan bank anda tidak kompetitif, buka akaun baru dengan bank yang lebih baik.
2) Potong gaji terus masuk akaun simpanan ( Pulangan akaun simpanan LEBIH BAIK dari akaun semasa)
3) Simpan sekadar yang diperlukan – dana kecemasan dalam akaun simpanan dan dana keperluan harian & bulanan dalam akaun semasa. Selebihnya, laburkan di dalam akaun pelaburan, saham-saham amanah atau saham-saham BSKL, berdasarkan tempoh wang boleh dilaburkan dan risiko yang anda selesa.
4) Pernah dengar Bank Rakyat berikan pulangan sehingga 20%? Tetapi, saham keahliannya sudah penuh. The next best thing – Bank Persatuan (www.bankpstn.my). Ia juga bank koperasi, 100% beroperasi dengan cara Islam. Pulangan tahunannya 12.5% – paling tinngi selepas Bank Rakyat. Cepat menjadi ahli!!! Had maksima individu ialah RM15,000 seorang.
5) Akaun Pelaburan Semasa (General Investment akaun) – kalau anda tidak menggunakan wang untuk masa tertentu. Tetapi, yang terbaik pun hanya 2.62% untuk pelaburan selama 12 bulan.
> Pelaburan bertempoh beri pulangan yang lebih. Tetapi, anda tidak boleh keluarkan duit awal dari tempoh yang dipersetujui.
Insyaallah, saya akan cuba kaji sijil pelaburan Islam selepas ini. Tulisan “Made Sempoi” ini masih perlu dikemaskini dengan lebih banyak akaun dan kadar-kadar terkini. Harap bersabar.
Saya amat berharap untuk mendengar komen-komen anda berkenaan pos ini. Terima kasih.
-ayah.biz-
thumbs up for the simple but very informative stuff on islamic banking. i currently in uitm completing my bach in finance.
By: zarared on Julai 10, 2008
at 2:32 am
Terima kasih Zarared. Saya tumpang gembira kalau maklumat2 ini berguna untuk orang lain juga. Insyaallah saya akan kemaskini di masa akan datang. Saya juga sedang mengkaji dan menulis berkenaan takaful & pembiayaan perumahan islam – “Takaful Made Sempoi” dan “I-Home Financing Made Sempoi”. Jangan lupa untuk kembali!
By: ayah.biz on Julai 10, 2008
at 1:38 pm
nice info about Islamic Banking in M’sia.
By: nesloais on Julai 19, 2008
at 8:53 am
good info, keep up the good work. I’m looking forward to your next update on this. Thanx!
By: ghostie on Julai 24, 2008
at 3:07 pm
[...] * Baca tulisan saya “Islamic Banking Made Sempoi©” [...]
By: Takaful Made Sempoi « Jangan Terlepas Pandang on November 23, 2008
at 12:45 am
teruskan semangat utk mendedahkan lebih byk artikel …
usaha yg bagus dan sy mengharapkan lebih byk lagi artikel megenai islamic banking…
By: indah on Ogos 11, 2009
at 3:00 am