Posted by: ayah.biz | April 7, 2008

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)


Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)  adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabun Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN juga akan menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah.

Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan/khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak.

Ciri-Ciri & Keistimewaan

* Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN dengan syarat-syarat berikut:

o Ibu bapa berpendapatan keluarga melebihi RM2,000 sebulan perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM3,000; dan
o Ibu bapa berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM500.
* Pelepasan cukai ke atas simpanan sehingga RM3,000 setahun;
* Manfaat perlindungan insurans sehingga RM50,000 serta pampasan/khairat kematian diberi secara percuma untuk simpanan RM1,000 dan ke atas *;
* Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **;
* Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;
* Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan
* Kemudahan menyimpan di lebih 1,400 ejen kutipan SSPN;

* Perlindungan insurans dan pampasan/khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hingga 28 tahun hanya layak diberi pampasan/khairat kematian sahaja.

** Keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima masuk ke IPT.

NOTA: Sila layari web http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan untuk keterangan lanjut

TAMBAHAN 18/11/2008: Caj pentadbiran PTPTN menggunakan kadar tetap @ rata 1% yang berlandaskan syariah. Sila baca ulasan terkini saya. Klik.

TAMBAHAN 23/12/2008: Baca pos baru mengenai “Skim Simpanan Pendidikan Nasional vs. Takaful Pendidikan”

About these ads

Responses

  1. aku dah bukak SSPN ni,, katanya nanti sampai kad… tapi tak sampai2… so camne nak tambah lagi?? Tak paham aku camner ler PTPTN ni buat kerja slow amat,… nak menggalakkan ke nak menggelakni…

    • masalah saya juga sama..saya dah buka akaun sspn tapi kad sspn belum sampai2 lagi..apa yang saya harus lakukan?

  2. Sabar jangan tak sabar. Cuma nasihat saya jangan jadikan SSPN ini sebagai satu-satunya simpanan pendidikan anak-anak. Cuba tempat-tempat lain sama.

  3. nak bukak katner?

  4. Siapa yang perlu buka Akaun SSPN… ibubapa atau pelajar?

    • Ibubapa untuk anak-anak.

      Pelajar Master, PhD dan lain-lain kena buka akaun sendiri rasanya.

  5. pelik r ptptn nie..skang wat peraturan baru nak bukak just rm20 je..abis klu yang dh menabung rm500 tue bleh kluar balik x??/

    • Sepatutnya bolehlah keluarkan balik.
      Cuba talipon @ email tanya – sebab tu tetap duit kita.
      Kalau tak pun pulangan pelaburan dalm 4%.

      -Ayah.biz-

  6. x berapa nak faham ler,klau 20thn akan datang duit dlm akaun ptptn anak kami ada rm30,000 bleh dpt lagi ke pinjaman dari pihak ptptn…?kalau kene bayar ada dapat potongan ke..?

  7. knp yerk…sy xfhm la..sy dah bukak SSPN…tp msh xdpt kad lg…dah 6 bulan sy bukak SSPN 2..tp xdpt kad gak..temasuk la adek beradik sy ye kad pn xdpt…knp SSPN nie lambat???

  8. Dah >< 3 bulan saya tunggu tp surat dr SSPN x sampai sampai.Kawan lain yg buka sama sy dah dapat surat tu bulan lepas.Dan ada sy letak RM500 sbg deposit utk SSPN tp amaun dalam akaun sy tu RM0.00.Sudah call SSPN utk 4 hari tp tiada orang yg m’jwp.
    WHAT SHOULD I DO??????????????????????????

  9. sy dah lme bkak sspn ni tp x dpat lgi kad..cmne ni org lain dah anta brang ptptn tp sy x anta lg..ni knfm dpat lmbat duit..cmne nk hdup cmni

  10. […] SSPN adalah skim yang dijamin kerajaan – maksudnya setiap wang anda yang tersimpan di bawah skim ini akan diganti oleh kerajaan sekiranya kerugian berlaku (i.e. sama seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lain pelaburan di bawah PNB). […]

  11. salam..ramai parents yg tidak memahami konsep sspn yg sebenar..mereka menganggap yg duit yg simpan blh dkuarkan seperti kite menyimpan dlm bank secare biase…ini menimbulkan masalh & kekeliruan..bile mereka ingin berurusn selepas membuke sspn,pihak yg dtanye hnye berdalih & memberi alsn sile brtnye kpd ptptn.bile di tepon tiada siape yg menjwb!!!DIMANA KAH PETUGAS YG SEPATUT NYA?????KAMI BUKN DR GOLONGN ORG SENANG…KAMI BERHRP AGAR DUIT YG KAMI DEPOSITKAN KPD SSPN DPT DKELUARKAN MEMANDANGKAN ADIK SAYA YG DI IPTS PTPTN NYA LAMBAT MASOK….

  12. saya ada bka akaun sspn thun lpas msa bln 3.2 bln kmudian,phak sspn mghntar surt jwpn kpd sya mgatakn prmohonan sya di tolak krna tdk ckup umur.sya dikhendki mghntr smula borang prmohonan yg bru.saya tlah pn mghntar ttpi smpai skrg sya tdak tahu status sya sbg pnyimpan.sya mmasukkan rm500 ke dlm akaun sya.adakh wang itu lebur begitu sja??????????????

    • Julia dan pembaca-pembaca lain,

      Saya rasa cara terbaik ialah dengan telefon PTPTN sendiri (HOTLINE – 03-2092 7788). Pastikan anda terangkan situasi anda. Kemudian minta nama pegawai berkenaan dan catatkan segala tindakan yang dipersetujui. Selepas itu anda hantar surat ke PTPTN sebagai tindakan susulan – masukkan sekali tindakan-tindakan yang anda bincangkan tadi. Jangan lupa beritahu pegawai tadi yang anda akan hantar surat ini.

      Dengan cara ini anda:-
      1. dapat maklumat terkini melalui telefon
      2. persetujui tindakan susulan dengan “seseorang yang dikenali di PTPTN”
      3. rekodkan perbualan dan tindakan
      dengan harapan PTPTN akan selesaikan masalah anda secepat mungkin.

      Jika tiada jawapan selepas 2 minggu, telefon dan ulangi proses – mungkin kali ini dengan pihak pengurusan yang lebih tinggi.

      Selamat mencuba,
      -Ayah.biz-

    • MASALAH SAYA PUN SAMA..

  13. i’m agree with the others, SSPN very slow. more important not friendly user, permudahkan tatacara menyimpan dan wujudkan satu kaedah supaya pencarum dapat menyemak status simpan mereka.

  14. buka akaun untuk 2 orang anak. Tapi seorang saja yang dapat kad pengesahan. Macam mana dengan seorang lagi. Sedangkan akaun dah dibuka. Apa dah jadi dengan seorang lagi pemohon.

  15. Hrp ble tolong!!! PTPTN bagi loan anak saya di MMU 1 semester. Kemudian di stop sbb anak saya gagal 1 subjek. Ibubapa tak pun dimaklumkan! Sekarang anak baru Year 1 tapi dah dpt amaran misti baya balik dalm masa 14 hari. Nape PTPTN bagi stress kat anak saya begitu. Rasa nak cari lawyer la. Kalau ada PTPTN stfa baca ni. Pls tolong…..Tunggu la di graduan dulu.

  16. PTPTN tidak patut mengenakan syarat deposit yang begitu tinggi utk melayakkan pemohon memohon pinjaman. Cuba cek pinjaman MARA mana ada deposit begitu ??? Kalu pelajar fail pun adakah mereka dinafikan untuk terus berusaha? Fikirkan lah kesan pemberhentian pinjaman terhadap pelajar secara tiba2!! Terutama mereka yang sangat2 bergantung pada pinjaman.

  17. sy baby 3 bulan..bca komen2 yg dahsyat ni sy takut nak buka SSPN..ada komen kt slow laa..
    status akaun xtau la bla3….tup2 duit hilang.
    pls be more friendly user……

  18. saya buka akaun sspn bulan january di BSN tapi masih tak dapat khabar berita.nak wat pinjaman ptptn pun tergantung ni.kawan saya buka di bank islam kejap je dapat kad dalam sebulan je.salah kat mane ni…………

  19. tumpang tanya,kalau nak memohon ptptn secara online perlu tunggu sampai menerima surat sspn keh???sy tak dpt sspn account num so tak dapat isi borong ptptn secara on9,macam tu sy perlu buat apa skrg???

  20. ada anak angkat seorang.camna nak buat penama tu. bintinya lain .urusan khairat kematian
    apa apa yang berkaitan.. susah tak?

  21. erm..nk tanye..duit dlm sspn boleh bwk keluar x?
    sy pn tak apply ptptn..

  22. klu x wt agi akaun sspn x leh pohon ptptn ke..klu pohon ptptn dlu nnti wt buka sspn bley tk??? sy dh nk msuk ipta tp sy blum wt agi sspn pihak u dh antar surat suruh pohon ptptn..mcm mne nie???

  23. saya ingin mengambil keluar semua wang dlm akaun sspn….apa harus saya buat?

  24. akaun sspn sy telah buka selepas 1 tahun….

  25. camne ek nak kuarkan diut dr akaun sspn?

  26. Saya sendiri tak pasti macamana nak keluarkan duit SSPN. Harap ada pembaca yang boleh kongsi.

  27. salam.. sy da bkak sspn pd 6/9/08.. tp smpai skrg xdpt ape2 mklm bls.. skrg ni study kat ipts.. jd mcm mne sy nk wat pinjaman ptptn sedangkan sy xde kad sspn.. t0l0ng jawab sket.. ape cite ni?

  28. saya dah melabur RM500, dekat SSPN tu guna duit sendiri, bukan duit mak bapa, sebab saya pelajar master…sebab syarat dia dulu kena ada deposit SSPN…slepas tu saya gagal ditawarkan pinjaman atas alasan saya tajaan bajet mini.bila nak pergi ke BSN nak mintak semula duit RM500 tu, dia cakap tak bole keluarkan….dahla tu je duit aku untuk biaya pembelajran prgkt master….dahla ptptn kena tolak…nak keluarkan sikit pun tak bole…setahun cuma boleh keluarkan 10%..mksdnya aku hnya bole keluarkan RM50 dalam setahun….cekik darah tu…sepatutnya aku ni layak dapat semula RM500 sebab gagal ditawarkan ptptn, sebab pekerja BSN tu pun cakap, bila tak dapat ptptn, boleh keluarkan semula duit…ni tak boleh, aku rasa macam ni satu penipuan yang sangat besar…sekarang baru aku mohon semula ptptn, dan sampai sekarang xada jawapan…apa ni!!!!oit, aku dulu underJPA xada pun macam nie, mara pun tak buat macam ni…..aku harap duit SSPN aku yang RM500 tu dipulangkan semula. cuba byangkan aku dapat rm500 tu dalam masa 10 tahun….

  29. Aku baru je nak bukak akaun SSPN untuk 4 orang anak aku…… Kalau macam ni gayanya komen-komen korang semua, baik aku masuk bank biasa je ataupun takaful….. Takut aku anak menyimpan kat SSPN.

  30. Dah hampir setahun buka sspn utk anak yang tua, dah nak habis spm dah pun, tak lama lagi nak masuk ipt.Kata lepas buka sspn akan hantar kad pengesahan tapi sampai hari ini (28/9/09) bau kad pun tak ada. Apa masaalah sspn ni, macamana saya nak terus menyimpan sebab tak ade kad. Saya tak nak masukkan duit tanpa ada kad pengesahan dari sspn yang nama anak saya dah didaftarkan di situ. Tak pasal2 . Tambah baca macam2 komen dari penyimpan di atas, seriau dibuatnya.ada ke duit sendiri tak boleh nak keluarkan .. Somebody from sspn has to explain this. Macamana terms and conditions nak masuk sspn ni..kalau ia tak menguntungkan penabung.. kiranya ia bukan satu pelaburan yang baik …

  31. alamak…mcm mana nie?baru plan nak bkk sspn…bila bc mcm2 feedback yg -tv nie..mcm xjadik nak bkk plak.yela…kita sbgai pengguna mesti la nak pastikan apa yg dilaburkan tue betul2 berbaloi tuk kegunaan masa depan..nie mcm xdak jaminan jer…baik xyah amek risiko kan.

  32. ee…………bile nk dpt kad ni…
    da stahun menyimpan xdpt ag kad sspn..
    lg pun prosedur sspn ni pn sy xphm lgsung.. xmesra pengguna tol r…

  33. harap sgt kt pihak sspn jgan trus bt kitorang cm ni…

  34. bila saya nak dpt kad sspn??dr taun 2007 hingga bln 11 2009 sy x dpt kad??

  35. saya dah bukak akaun sspn dah boleh tengok baki secara online cume saya agak musykil cara nak tengok baki tu terlalu mudah masukkan no akaun jer. saya rasa cam kurang selamat jer cara ni.

  36. nk tnya klu kad sspn hilang leh buat lain x???

  37. mcm ni memang x jadi buka sspn…..to sspn, please solve this problem..or at least give your comment or feedback…or else more and more people begin to boikot!

  38. sspn good way of making money. Dont jeopardise your name. Please stand alone. Please think about on those needy people.

  39. Conclusion : TAK JADI BUKA SSPN…Mengelirukan, menakutkan dan menyusahkan…Hampir2 nak bukak sspn dgn deposit amount yg agak tinggi…tapi cam unreliable, slow dan cakap tak seruba bikin…

  40. pihak p’urusan tolong la jwp segala persoalan kami. sy da bka sspn dr thn 2008 tp smpi skrng x dpt kad. sy x tau apa status akaun sy. dah la bka rm 500. call pejabat pla x pernah di jwp. TOLONG LA!!!!!!!!!!

  41. kalau tengok projection anggaran simpanan selama 17 tahun untuk simpanan RM100 per month, lebih kurang 1.76% atau RM22 dah ditolak drpd simpanan setiap tahun. RM22 tu SSPN bayar untuk insurance coverage berkelompok ke?.. kata SSPN bayar, kenapa deduct drpd akaun peserta pulak? ke.. makcik yang tersalah anggap?.. kalau salah, tolong betulkan.

  42. sy pon rs sspn nie mengelirukan!!!!!nak buh duit senang tp nak bok keluar punyer la susah…..procedure tu lah,,nie lah,,woi tu duit kami suka hati kami lar…….asal korang buh byk sgt procedure!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

  43. Nampak gaya lupakan sj lah niat untuk buka sspn..lebih baik beli insuran pendidikan

  44. adik aku nk msk bljr tp xde sape pun ade akaun sspn dlm kuarga.mak dh mninggal,abah dh tua xleh jln.nk bk akaun camana?bk utk diri sndiri ke?mana nk cekau 500 hinggit?xde jumlah minima ke?

  45. salam , kalau kad sspn hilang mcm na?

  46. jika pendeposit telah meninggal dunia,bagaimana untuk menukar pendeposit kepada penerima manfaat?bgi pengeluaran wang pula bagaimana?pendeposit ialah bapa kepada penerima manfaat yang telah berumur 18 tahun ke atas?

  47. xfhm la dgn sspn ni.. ak msk sspn ni dr 2008.. skg dh abis blaja. stiap sem, sspn tolak duit ak dlm rm200 setiap 1 sem. Skg, ak dh abis blaja jd ak nk kuarkan duit tu, xboleh ke? tu kn duit sndiri.. ptptn bg pnjaman, bkn kte xbyr blik? so mana perginya duit rm200 stiap sem tu????????? sspn dh telan ke?

  48. saya dah lame wat kad baru sbb kad sspn sy hilang!!
    tp knp sampai skrang x sampai2 agy kad bru..
    dkt 6 blan dh..macam mane nie!!?

  49. salam…sya nak mntak tlong kepda ssiapa yg tahu cara kluarkan duit SSPN…macam mna nak kluarkan duit SSPN 2,,,,,sya dposit RM500.sya ada masalah kewangan dan ingin keluarkan duit itu

  50. mcmna nk isi borg sspn ni??? sapa yg jd pdeposit, pnerima manfaat dan pnama??? kalau sya yg berumur 20thn blh tulis nama sya sendiri ke kt dlm borg tu??? tp knp siap ada nma psgn lg dlm borg tu?? xphm sgt nk isi… blh bg cntoh2 mcmna nk isi x?? tq…

  51. saya telah membuka akaun sspn anak saya pada 3 bln yg lalu namun sampai sekarang belum mendapat apa2 respon dari phak anda,malah belum juga mendapat kad sspn.tolong beri respon secepat mungkin.

  52. salam. i nak tnye nak msukkan duit dlm sspn tiap2 bln ble pkai online je x? how??

  53. I DEPOSIT RM 3000, I CHECK STATEMENT DEY ADD RM160.. ALMOST 3 YEAR RDY..NW ONLY BECUM RM3160.. IS THERE POSSIBLE TO TRANSFER THIS MONEY TO PTPTN LOAN ACCOUNT?

  54. sye nak tnye nie,,,,cam ner kte nk kluar kn wang dri sspn tu???

  55. saya mempunyai masalah,sebelum ini saya telah membuat akaun sspn pada tahun 2007 iaitu semasa peperiksaan spm, kini saya telah memasuki institusi pengajian tinggi dan berhasrat ingin mengeluarkan kembali wang simpanan tersebut bagi digunakan untuk menampung kos pembelajaran, bagaimanakah caranya?saya telah pergi ke bank tempat mula2 untuk membuat akaun, dan apabila saya pergi semula ke bank tersebut, saya terkejut kerana mereka memberi penjelasan bahawa hanya membuat perkhidmatan permohonan membuat akaun sahaja.saya keliru..kepada pihak yang bertanggungjawab sila beri kerjasama,kerjasama anda amat saya hargai..

    • saya juga mengalami masalah yag sama..
      harap bagi respon..

  56. sya sudah memohon sspn tetapi kad sspn sya masih tidak sampai ? kenapa boleh jadi sebegini ? sila jelaskan SSPN .

  57. kalu kad hilang camne nak tunjukkan bukti kita simpan dalam sspn?

  58. baca komen kt sini, terus kensel nak bukak akaun. better pg bukak kat bank lain.

  59. maaf semua, alhamdulillah le saya dan isteri telah membuka akaun sspn di Maybank dan semua berjalan lancar iaitu kami mendapat semua kad anak2 dalam masa sejam.
    Sesiapa yang ingin memohon kembali duit yang anda telah simpan, bank yang dilantik tidak memegang duit anda, sebaliknya SSPN. Bank itu adalah sebagai pengantara untuk memudahkan proses pembukaan SSPN bagi anda.
    Oleh itu rujuk kembali dengan SSPN. Sekiranya susah sangat, pakat ramai2 yang ada didalam ini, panggil KARAM SINGH WALIA untuk membantu. Pelbagai kes yg berlaku, alhamdulillah, hanya dia yang berani membantu.
    Jom kita

  60. terjumpa forum yg ada pegawai SSPN agak aktif menjawab. jom serbu.

    http://app.mohe.gov.my/forum/viewtopic.php?f=58&t=15241&sid=aa47c22fb83ce8b781a3ca9e09f6f76e&start=110

  61. mcm mana nk dapatkan contact number officer SSPN? Nak tau mcm mn nak dapatkan kad SSPN anak sebab x boleh nak menyimpan kalau xde kad. Dah 3 bulan ni.

  62. aduiii mcm mana ni.. ingatkn buka akuan ni trus dapat kad.. emm
    susah la kalau mcm ni.. nnt jadi mcm rakan2 yg lain plak.. sampai karng x dpat2 lgi kad.. mcm mana ni????????

  63. Yg peliknya camna ada org dpt kad ada org tidak. Alhamdulillah semua anak saya 5 org kami bukan bulan july 2011, semuanya dpt kad hanya menunggu dlm masa sejam. Simpati juga dgn yg tak dpt.

    • En. Zakwan buka akaun di mana? Bagusnya terus dapat kad.

      • Sori, saya tak perasan post awal. Maybank.

      • Salam, tak pe, saya buka di maybank tmn midah, cheras. Saya rasa mana2 maybank ada service yg cam mana saya dpt.
        Seeloknya bertanya dahulu dgn kaunter bank berapa laju leh dpt kad. Kalau pos, jgn le pergi.
        Ni kan nak pilihanraya, so apa kata org2 yg tak dpt kad ni kita ajak berkumpul di mana2 lokasi yg mudah utk parking kreta ke then bila dah set, kita panggil karam singh walia interview. Amacam

  64. salam…. huwaaaaaaaa…..aku tertipu dengan sspn la… ingatkan macam simpanan biasa… leh wat keluar bila2 masa… rupa2nya hampeh… banyak wo simpan untuk anak aku.. dah dlm rm7k lebih dah…. tengah terdesak nak pakai duit, pergi maybank nak keluarkan duit, pegawai bank ckp.. nak masuk duit dia terima… nak keluar duit kena pergi sspn kat kl or pos permohonan tu… tapi leh wat keluar 10% aje setahun dari simpnan….. huwaaa….. mana nak cari duit ni… huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..

  65. KAD SSPN SY HILANG .. MCM MANA NK BT ? SY NAK APPLY PTPTN UNTUK SAMBUNG BLAJA NIE. DAPAT NO AKAUN SSPN DLU PUN XPA. KAD KEMUDIAN HARI PUN OK,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: