Posted by: ayah.biz | April 2, 2008

Kebaikan menggotai bank koperasi – Bank Persatuan Malaysia Berhad


Acapkali, apabila saya berbual dengan rakan-rakan, ramai yang meluahkan kekesalan kerana tidak lagi boleh melabur di dalam Bank Rakyat (BR). BR adalah salah sebuah bank koperasi yang terkenal di Malaysia. Ramai yang tertarik dengan dividennya yang
tinggi i.e. 15% tahun-tahun sebelum ini dan 20% untuk tahun 2007 (bandingkan dengan Tabung Haji 5% dan ASB 8%).  Dividen-dividen ini adalah yang tertinggi antara bank-bank di Malaysia. Cuma, tiada pelaburan baru boleh dibuat kerana saham-saham keahlian sudah penuh. Sebarang pelaburan baru hanya boleh dibuat sekiranya ada ahli yang menjual saham-saham mereka.

Tidak ramai yang tahu kewujudan sebuah bank koperasi lagi. Bank Persatuan Malaysia Berhad (BPMB) asalnya ditubuhkan untuk membantu para petani dan nelayan di utara semenanjung. Sekarang BPMB meluaskan perkhidmatannya melalui 10 cawangannya
termasuk yang terbaru di Shah Alam. (Rujuk website http://www.bankpstn.com.my untuk keterangan lanjut)

Secara peribadi saya sukakan bank koperasi kerana sebagai ahli, kita memiliki bank tersebut. Pada dasarnya, bank untuk ahli.

Bank-bank ini juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan khas untuk ahli-ahlinya. BPMB juga tidak terkecuali. Bayaran permulaan keahlian amat rendah. Jika tidak salah, saya menjadi ahli dengan modal RM500 sahaja.

Antara kelebihan menjadi ahli ialah:-

1) Purata pulangan dividen 12% setahun

2) Dengan baki keahlian RM500,percuma pelan Perlindungan & Simpanan Pendidikan untuk anak-anak berumur 17 tahun ke bawah, Simpanan Al-wadi’ah “Hasanah”.

3) Khidmat pembiayaan khas untuk ahli-ahli

4) Skim-skim kebajikan ahli termasuk belanja khairat kematian, pendidikan, pembedahan dan lain-lain lagi

Yang penting sekali, BR dan BPMB, kedua-duanya beroperasi dengan prinsip Islam sepenuhnya. Sebagai ahli, saya juga berbangga kerana dapat sama-sama membantu rakan-rakan ahli koperasi yang lain dan dalam masa yang sama meningkatkan ekonomi dan masyarakat setempat.

-Ayah.biz-

About these ads

Responses

  1. sokong……….

    • Kepada saudara/i yg masih lagi belum melabur dlm BPMB, mulakan skrg..!
      Saya sendiri sekeluarga melabur pd tahap ” Maximum LeveL” dan ‘ PERCAYA’ penuh sejak seminggu selepas pembukaan caw Shah Alam..!Sejak 2007 kadar div ialah 10%…kira ok lah tu..Dan Syariah lagi.

    • terbaru penambahan saham sehingga 20k. cepat rebut peluang nie sebelum saham dtutup. para ahli yang percaya 1 hari nanti bank persatuan akan naik, sila buat pelaburan yang bijak dari sekarang. saya dalam usia 23 pon masih melabur walaupon 50 ringgit sebulan.ini untuk masa depan. syarat ahli warga malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. sila kunjungi mana2 cawangan terdekat. tq.

      • en ashraf…skrg saham bank persatuan dah tiada limit maksimum..so that,semua boleh melabur mengikut kemahuan masing2..tp minimum still 500..harap maklum

    • disamping pembukaan saham tanpa had ini, bank persatuan juga buat promosi raya..rate 3.95 % untuk tempoh 20 tahun..jumlah pembiayaan promosi nie ialah dari 81k sehingga 200k..sehingga bulan 9 sahaja..untuk maklumat lanjuut sila hubungi aienn ( pegawai pemasaran ) 03-55117650

  2. tolong berikan penerangan dalam keadaan sekarang ni adakah patut kita melabur. dan jika sudah melabur dalam bank persatuan ni perlukah kita keluarkan pelaburan dan letakkan dalam asb yang lebih selamat atau teruskan bersama bank persatuan…komen skit

    • Dalam keadaan apapun, kita patut melabur di tempat yang kita faham dan mampu menghadapi risikonya. jika tidak, carilah tempat yang lebih menepati tahap risiko masing-masing.

      Sila baca pos terbaru saya mengenai Bank Persatuan. Harap ini membantu.

    • Maaf Yang, sehingga kini status ASB masih TIADA FATWA dikeluarkan , kenapa?
      Saya ada dengar dari bekas staff asb, mengatakan PNB ada melabur dlm soal judi..!

  3. saya labur kat bank persatuan selama 8 bulan,tiba sesat duit,minta keluar duit kat bank persatuan,tapi 8 bulan tu 1sen dividen pun tak dapat,sedih betul dan rasa tak adil pun

    • betul apa yang mak kucing katakan…tetapi mak kucing tidak memahami konsep pelaburan dgn betul..sama jgk dgn mana2 pelaburan..klu tidak cukup tempoh(haul) pelaburan anda tidak akan mendapat pulangan…jd sebelum melabur..pastikan smua mklumat diketahui…jgn ikut org klu kita xfaham dgn betul..ini akan merugikan diri sendiri…patikan anda memahami sepenuhnya konsep koperasi…dr skolah dulu kita ada masuk koperasi…mn ada koperasi yg bg pulanagn dlm tempoh 8 bulan…fix deposit lain la..tp lain pulak konsepnyer…

    • Sayapun agak terkejut juga sbb w/pun kiraan dividennya berakhir bulan December tapi duit dividen hanya boleh keluar pada bulan Ogos. Pelik sungguh!!!
      Dan satu lagi pelik adalah proses pengeluaran sebahagian saham pun ambil masa berbulan selepas isi borang pengeluaran. Katanya 2 minggu hgg sebulan tapi sekarang ni dah melangkah ke tempoh 2 bulan…….habuk pun tarak. Kalau berfungsi berasaskan Islamik kenalah mematuhi masa. Kalau saham lain on the spot kita dapat balik modal kita bila kita jual balik saham……

      • utk pengetahuan EMAYAR, ini adalah salah satu strategi kami utk mengagihkan dividen pada pertengahan tahun..bila kita fikir balik ada untungnya jgk..kebiasaanya, other investment institution akan agih dividen pada akhir/awal tahun,,bagi yang bekerja pula(goverment or swasta),biasanya akan menerima bonus tahunan syarikat pd akhir/awal tahun..so pada masa tu kita ada income lain yg boleh support..cuba fikir utk pertengahan tahun plak..xde investment institution yang ofer dividen tengah2 tahun ni..tiba2 tgh tahun rasa nak melancong/bercuti dengan keluarga,so dividen bank persatuan boleh dijadikan salah satu income at that time..bleh la support.
        dan utk pengetahuan jgk,.pengeluaran syer bukan seperti pengeluaran saving account yang biasa di bank2..konsep saham sgt berlainan,ianya merupakan satu pelaburan dan semestinya tidak sama dengan simpanan yang boleh dikeluarkan on the spot shj..bagi bank persatuan,pengeluaran sebahagian saham boleh dikeluarkan dengan syarat minimum jumlah saham yang tinggal adalah rm500 dan tempoh pengeluaran adalah paling lama 2 bulan dari tempoh permohonan.,manakala permohonan pengeluaran semua saham a.k.a. berhenti anggota adalah selepas 1 tahun dari tarikh permohonan..harap ianya membantu..maklumat lanjut boleh hubungi saya di bank persatuan cawangan bayan baru 04-6439790 (peg.pemasaran)

    • memang tiada diveden kerana mana2 bank pon xkan beri dividen jika masih tidak cukup tempoh setahun. dan hendaklah ahli2 tahu syarat keanggotaan dan pengeluaran saham di bank persatuan ataupon bank rakyat. kita bank islamic, not konvensional. t.kasih atas pertanyaan

  4. kalau ada duit labur kat sspn,dividen macm mana kira,ada sapa boleh toleh bagi tau tk

  5. Bukankah tempoh pelaburan adalah 1 tahun?

    Dividen sememangnya tidak diberikan.

  6. Kalau nak melabur kena diagnose backgound syarikat. Skrg member saya masuk dah dpt 5 kali dividen antara 10~12 %. Akan tetapi risiko sekiranya bisness tak baik. Utk dpt balik wang drp pelaburan kena makan masa lebih kurang 1 thn. macam bank rakyat. Yg terpenting bisness pinjaman wang/takaful mesti kukuh. kalau tidak utk jangkamasa 2~10thn akan dtg mungkin dividen kurang 10% atau rugi. Menurut info CTOS/CRECS tak link lagi ke bank ini. Kalau pinjam mungkin leh escape blacklist.

    • Yang penting, kita mesti ingat “risiko dan pulangan pelaburan mestilah setimpal”. Sekiranya tidak mampu untuk menyimpan wang sekurang-kurangnya setahun, jangan masuk bank koperasi seperti Bank Persatuan atau Bank Rakyat.

      Tetapi, risiko bank-bank koperasi terjaga kerana majoriti membayar semula pembiayaan melalui potongan gaji Angkasa atau gaji Kerajaan.

      CTOS/CRECS: Tak pasti hal ini. Harap ada yang boleh jelaskan.

  7. sy bercadang ingin keluarkan duit di asb dan melabur di bank persatuan.adakah cadangan ini
    menguntungkan

    • Nick,

      Terbaru dari Bank Persatuan: Mulai awal Julai, setiap ahli lama atau ahli baru hanya boleh menambah sehingga RM5,000 seorang sahaja.

      Berkenaan soalan di atas, hanya anda yang boleh menjawabnya.

      Pandangan peribadi saya, keuntungan bukan hanya bergantung kepada % pulangan pelaburan. Lebih dari itu, kita perlu memilih medium pelaburan yang halal supaya hidup lebih diberkati.

      -Ayah.biz-

    • YES..! Itu tindakan yang semesti nya…krna asb masih ada ‘Ragu ragu’ status nya HALAL atau HARAM.

  8. 1) sy menetap di batu pahat johor,
    di manakah cawangan yg paling hampir dng kami?
    2) sekiranya sy layak melabur sebanyak RM 5000.bolehkah sy letakkan atas nama anak yg berumur 9 tahun sebagai pelabur RM 5000 juga?

    • maaf tuan…pelaburan di bank persatuan hanya untuk bumiputera melayu islam yang berumur 18 tahun keatas sahaja…

  9. 1. Kalau kita nak tolong orang, labur dalam koperasi;

    2. Kalo kita nak tolong diri, labur dalam insurans. bagi saya lebih baik takaful sebab
    a. syarikat tersebut akan melaburkan duit kita dalam dana2 yang harus.
    b. syarikat tak akan unerwrite mengguna-pakai konsep riba;

    3. Tapi kalau kita ada target tinggi tapi takde modal besar, carilah mana2 syarikat MLM;

    Overall, kita mesti kaji profil dan latar-belakang syarikat tidak kira apa perniagaan atau perdagangan syarikat tersebut.

    Lagi satu saya nak tanya, ada tak pelaburan Syariah CIMB yang membolehkan kita mendapat faedah antara 12-15% setahun, kalau ada sesiapa tahu hal ni tolong reply, Terima kasih

  10. lepas raya hari tu saya jadi ahli dgn modal RM500,setiap hujung bulan saya akan tambah saham sebanyak RM50 sehingga jadi RM5000.biar lambat asal berhasil.itu saja yang saya mampu.saya tak gemar berhutang.

  11. Insyaallah bulan depan saya akan jadi ahli koperasi ikhwan dan koperasi HPA pula.modal permulaan hanya dibawah RM100.

  12. cara-cara melabur dlm bank persatuan….

    • Tinggal dimana? kalau sekitar KL atau Shah Alam saya boleh bantu..! Dan saya salah seorang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan.TK

  13. kirimkan info terkini melalui e-mel saya, tq

  14. Alamak, sekarang ni ahli bank persatuan cuma boleh tambah syer maksimum RM5k saja….

    • sekarang pelaburan bank persatuan maksimum boleh sehingga 20k. dan bank persatuan buka cawangan baru di melaka. bank persatuan sedangkan mengembangkan cawangannya di serata malaysia. cepat- cepat untuk jadi ahli. byk kelebihan apabila menjadi salah seorang ahli bank persatuan @ mana2 bank koperasi

  15. Assalam,kalaulah Bank Persatuan ada di Batu Pahat Johor kan bagus…sy tak payah bersusah payah hendak ke Shah Alam untuk membuat pelabuaran..tapi..walau bagaimanapun sy besyukur diberi pendedahan tentang Bank Persatuan. Syabas dan Terima Kasih…

  16. Aku x pernah wat loan dgn b.persatuan. jd bolehkah aku nk masuk saham dgn bank tu? ataupun kena wat loan dgn bank dulu?

    • luckylaki,

      Boleh saja jadi ahli Bank Persatuan tanpa ambik financing. Lebih baik.

      Ayah.biz

  17. luckylaki,

    boleh jer masuk saham. tak perlu buat loan dulu.
    lau dah ade saham pastu nak buat pinjaman pun ok
    tak per…

  18. untuk makluman semua had maksimum pelaburan saham bagi thn 2010 telah dinaikkan kepada rm10k
    sehingga diberitahu kelak…

  19. maaf mencelah…utk nick…bank persatuan akan dibuka di johor bahru dalam tahun ini(2010)..klu xsilap area bandar baru uda….xlama lg warga johor xpayah dtg ke shah alam lg…

  20. Ada tak rancangan nak buka cawangan di Seremban?

  21. Salam….RM10K untuk pelaburan ahli baru dah diluluskan ke belum…ada tak borang ahli online..nanti senang la sikit dah isi borang….kemudian pegi bayar duit dibank…

  22. ADA TAK CAWANGAN YANG BERDEKATAN DENGAN TEMERLOH PAHANG

  23. 1. Bank Persatuan adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan pada 07.06.1950 (60 tahun dah).
    2. Keanggotaan individueramai 46000 seluruh malaysia & koperasi +/- 277 buah.
    3. Rekod pembayaran dividen sepanjang 2001-2008 adalah 10%-12%.
    4. Had max – RM10,000.00.

  24. untuk makluman semua, berkaitan dengan pengeluaran saham……baru-baru ini bank persatuan telah membenarkan peneluaran sebahagian syer anggota sehingga jumlah minima syer iaitu RM500.(tertakluk kpd syarat & peraturan bank persatuan)

  25. kepada sesiapa yang nak jadi ahli,cepat cepat daftar dgn modal minimun RM545.Jangan tunggu duit cukup sepuluh ribu baru nak buat.Kita tak tahu bila keahlian akan ditutup.Nanti menyesal.

  26. Apa citer dividen tahun 2009? Bole 10% lagi tak..Siling modal 300j dah cukup ke?

  27. anak saya baru2 ini telah masuk u 2 seorang lepasan spm dan seorang lepasan stpm. saya telah bank persatuan simpang kuala untuk memohon wang kemasukan ke universiti tapi jawapannya mengecewakan. mereka kata tak layak

    • untuk membolehkan anak tuan layak mendapat dermasiswa, tuan kene jadi ahli selama setahun..cukup setahun baru boleh memohon…tetapi dermasiswa BPMB ada tarikh tutup…so tuan kene take note benda tu…result anak tuan pun kene ok…

  28. sya nk tau mcamana nk berkerjasama dgn koperasi bank persatuan?untuk makluman tuan sebuah koperasi di jb bru ditubuhkan.

  29. Saya nak tahu, sekarang ini masih boleh ke masuk syer Bank Persatuan? Bila tempoh permohonan masuk syer akan tamat? Saya berminat utk masuk syer…

    • buat ARI,peluang masih terbuka.daftar cepat sebagai ahli dgn modal minima saham 500.dah tutup nanti menyesal.

  30. saya dah tak tahan. Saya dah buat keputusan.
    saya nak tidor. lepas bangun pagi ni saya nak terus pegi Bank Persatuan d Shah Alam.
    saya nak melabur. doakan kejayaan hamba.

  31. bank persatuan nie ada cawangan tak kat Sarawak?

  32. hopefully bank ni dah ada kat sarawak, saya berminat utk melabur…

  33. aku teringin sgt nk cari tempat pelaburan yg serupa ASb…tp tau kt bank mana lagi..harap ada yg blh tlg bgtau..

  34. syukur aku dh bejaya masuk syer 10k.. baru lena tidur

  35. salam,
    mau tanya, macam mana prosedur nak apply masuk jd anggota? Then, bila pula boleh start buat loan? sy igt mau amik loan, dr buat kat bank lain baik buat kat koperasi ni kan (kalau diterima jd anggota la)….hehe

    • Nadia,
      tingal di KL atau Shah Alam. Kalau dekat dekat ni, boleh saya bantu..x masalah sb dah banyak saya bantu sahabat yg malas nk gi caw SAL.

  36. sya pon dah dah masuk syer 10 ribu siang td..yahooo

    • Doakan semoga tahun 2011 dapat tambahan…saya dok tunggu aje nak tambah lagi….macam TH, asb rasanya tak payah lah…

  37. Kecewa sbb lambat dpt tahu mengenai Bank Persatuan, bila nak melabur terikat pulak dgn syarat baru pelaburan dihadkan RM10K saja, sebelum itu had maksima RM50K. Apa2 pun seelok2nya, wang pelaburan jgn diusik, biar dia beranak pinak sampai kita pencen utk bekalan dihari tua.

    • Sarinah,
      Tak ape nanti bila ada peluang tambah, lakukan aje…
      Saya mula mula dulu hanya 5k + 10k…Alhamdulilah 2008 dpt tambah 50k dan 2010 dapat tambah 10k sekarang kira sendiri lah…

      • haji ishak dah tambah 2k..trime kasih tuan kerana setia dan menyokong bank persatuan selama ini…

  38. bleh tau x ktne cawangan BPMB?
    kt jho ade x?

    • miss ai…BPMB di johor belum ada lg…SKM mengesyorkan BPMb membuka cawangan di KL dahulu…selepas ini insyaallah seremban, johor dan melaka…untuk keterangan lanjut boleh menghubungi BPMb di talian 03-55137650 (shah alam) 03-26917650 (KL) 04-3237650 (HQ)

  39. salam kepada semua…
    mulai tahun 2011 bank persatuan telah menghadkan pelaburan maksimum sebanyak 2k untuk ahli baru…ahli 2010 dan kebawah pun masih boleh tambah sebanyak 2k juga…

    • mintak email saya camne nak join. tk.

  40. Salam…

    Cawangan Melaka bila nak buka lagi…??
    Tak sabar2 lagi ni..

    • cawangan melaka sudah beroperasi mulai awal tahun 2012..tq

  41. sya br join BP ari ni sebanyak 2k maksimum..syarat baru lambat dapat info maa…harap2 BP cepat2 buka peluang tambah lebih Skt TQ..

  42. bagus la dah ramai masuk BP ni.

  43. bila dividen utk 2010 akan diumumkan?

  44. Salam.. sape2 boleh tak tolong jawabkan..

    saya nak buat pinjaman peribadi di bank persatuan tapi belum menjadi ahli. Apa langkah yang saya patut buat? perlukan menjadi ahli terlebih dahulu? berapakah bayaran yang perlu untuk menjadi ahli? bolehkan membuat pinjaman sebaik sahaja menjadi ahli?

    thanks :)

    • bagi pemohon2 yang ingin memohon pembiayaan di bank persatuan, syarat utama mestilah telah mempunyai saham bank persatuan..bagi yang belum ada saham, masih boleh apply pembiayaan kerana jumlah saham minimum akan ditolak daripada pembiayaan tersebut.,harap maklum..maklumat lanjut boleh hubungi bank persatuan bayan baru 04-6439790 atau mktg oficer 019-9754576..borang pembiayaan juga boleh diposkan kepada pemohon..tq

  45. saya nk tahu thn ni dpt bape % saham bank persatuan?

  46. ade lagi ke BPMB ni?
    dgr cite da kene freeze ngn BNM…tol ke?

  47. Saya ni tengah geram ni sbb dah hampir 2 bulan isi borang jual balik saham Bank Persatuan tapi hgg sekarang tak dengar berita…..
    kita ni tgah nak pakai duit……… Dah le Dividennya w/pun dikira berakhir bulan December tahun lepas tapi kena tunggu hgg 8 bulan baru dpt. Tak faham saya!!!!!!!!!!!!!

    • utk makluman, permohonan pengeluaran sebahagian saham adalah dalam tempoh 2 bulan manakala pengeluaran penuh a.k.a berhenti anggota pula adalah selepas 1 tahun dari tarikh hantar permohonan..untuk lebih jelas, boleh menghubungi cawangan yang tuan/puan memohon pengeluaran tersebut atau cawangan yang berdekatan. tq

  48. Bank persatuan mcm haram!! nk buat keluar duit sndiri pn pnya pyh..nk guna emergency pn pyh..nsihat sya pda yg nk buat pelaburan jgn la melalui bank..susah..lbh baik pelaburan emas,kecairan tinggi..bank persatuan ni dividen pn xseberapa skg nih..duit dilaburkan ikut ke mna pn xtahu..

    • duit pelaburan di bank persatuan adalah dari sektor pembiayaan peribadi dan pembiayaan2 lain yang mengikut hukum syara’.
      konsep koperasi tuan2 dan puan2 kena faham dulu sebelum tuan2 dan puan2 menjadi ahli koperasi.

      Dividen adalah di atas keuntungan tahunan, dan diberikan selepas mesyuarat agong tahunan yang kebiasaannya kebanyakan koperasi akan bermesyuarat agong pada bulan 6, jadi dividen akan diagihkan kepada ahli2 selepas itu.

      Bank Persatuan adalah sebuah koperasi kredit yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti perbankan.

      Tentang pengeluaran saham, pengeluaran wajib mendapat kelulusan anggota lembaga yang akan bermesyuarat sebulan sekali.

      Jadi pelaburan dalam koperasi bukanlah pelaburan cepat kaya atau masuk tahun ni tahun depan dapat berganda2…. koperasi memerlukan ahli untuk membantu perniagaan koperasi jadi untung akan dibahagi sama rata kepada ahli2. Kalau tuan/puan hendak cepat mendapat pulangan sila ke pelaburan yang lebih mudah cair, tapi perlu diingat ada pelaburan yang mengenakan CAJ UNTUK PENGELUARAN yang mana tiada di dalam Bank Persatuan.

      So tuan2 simpan 500, nanti keluar pun 500, x macam sesetengah tue, beli emas rm1kg tapi timbang semula jadi 958g jer… apa celop… ni belum dilihat pada unit2 trust, simpan 1000 nak keluar ada pulak fee dia… sempat ke keluar 1000 tu dalam setahun???

    • utk pengetahuan en.zul, pengeluaran saham bukan semudah pengeluaran dari akaun simpanan kerana konsep yang digunakan utk saham adalah berkonsepkan pelaburan,bukan simpanan. oleh itu,mestilah mendapat persetujuan ahli lembaga pengarah terlebih dahulu kerana b.persatuan merupakan satu pertubuhan koperasi..yang mana terdapat ramai ahli..seharusnya sebelum membuat keputusan untuk melabur,mestilah difahami dahulu konsep koperasi dan konsep saham itu sendiri dan hendaklah mendapatkan penjelasan yang jelas daripada pegawai bank yang bertugas. harap maklum..kindly contact us at bank persatuan bayan baru 04-6439790

  49. jumlah pelaburan saham di bank persatuan kini dibuka dengan tiada had maksimum dan pelaburan serendah rm500. hubungi kami di cawangan bayan baru 04-6439790 atau bahagian pemasaran 019-9754576

  50. Salam,
    Betul cakap wan..Bank Persatuan adalah sebuah koperasi yang khusus untuk melayu bumiputera islam…kalau bukan orang kita yang nak support..saper lagi kannn…senang sama-sama senang..susah..sama-sama la susah..itu kan konsep di dalam pelaburan islamic…tak gitu…

  51. Salam, tahu tak mengapa dividen dibayar pada bulan 7 atau 8??? ha! itulah konsep berkoperasi…nak kena minta persetujuan semua perwakilan dulu..baru boleh declare dividen..bukan senang…duit yang digunakan pun bukan duit kakitangan tapi duit pelabur…tambah pulak sekarang ni tengah bergelut nak jadi bank koperasi kedua..semua perkara nak kena minta persetujuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (bahagian yang memantau koopbank) dulu…kalau syarikat sendiri senang la nak buat keputusan kannn??…Nak lantik perwakilan pun bukannya main lantik jer..ada peraturannya…kena buat mesyuarat kawasan dulu..kesimpulannya semua yang dilakukan di dunia ni..ada peraturan..ada rukun..betul tak..SOLAT PUN MACAM TU JUGAK.. waullahualam..

  52. Keahlian untuk bumiputera-melayu sahaja? Kalau bumiputera-sarawak?


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers

%d bloggers like this: